Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengambilan Makanan Yang Boleh Diambil, Dalam Menurunkan Berat Badan Sewaktu Berpuasa

No Comment

Puasa sememangnya melatih kita untuk menahan diri dari lapar dan dahaga, dari fajar hingga terbenam matahari. Dalam pada ini, kita mungkin akan menggunakan masa yang ada ini untuk cuba mengawal pemakanan.

Ada di antara kita ingin menggunakan saat ini dengan menyambung kembali diet yang telah dilakukan sebelum ini.

Bagi memastikan kita meneruskan apa yang telah dilakukan dengan cara yang betul, Dr Khairul Hafidz Alkhair telah kongsikan beberapa tips yang boleh diikuti, supaya kita dapat mengawal pemakanan dengan baik.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Pemakanan Sewaktu Bulan Ramadhan

Saya yakin buat mereka yang ingin menurunkan berat badan, bulan Ramadhan adalah bulan yang ramai orang tunggu-tunggu, kerana orang rasa waktu inilah paling mudah nak turunkan berat.

Jawapan ya dan juga tidak. Bulan Ramadhan boleh menjadi pemangkin untuk turun berat lebih banyak atau ianya adalah pintu jahanam diet yang dah kita amalkan.

Beberapa tips pemakanan yang boleh saya berikan:

SAHUR

1. Makanan karbohidrat kompleks seperti nasi perang atau roti wholemeal yang memerlukan waktu yang lebih lama untuk dicerna, menyebabkan kita mampu menyimpan tenaga lebih lama untuk berpuasa.

Jika tak mampu, makanan berkarbohidrat lain pun boleh, penting untuk bekalan tenaga kita.

2. Makanan tinggi serat supaya kita berasa kenyang lebih lama. Contoh buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Protein supaya perasaan puas makan kita dapatkan. Contoh: ayam, ikan, daging.

4. Elakkan minuman berkafein kerana kafein bersifat diuretik, maknanya kita akan kerap kencing.

Lebih kerap kencing, lebih banyak air yang keluar dari badan hingga boleh menyebabkan dehidrasi. Contoh minuman berkafein seperti teh, kopi dan minuman berkarbonat.

5. Elakkan makanan tinggi garam. Boleh menyebabkan dehidrasi juga.

6. Banyakkan minum air masak. Air masak mengandungi zero kalori yang sangat baik untuk menjimatkan kalori per hari kita.

Tetapi jangan minum terlalu banyak pula, cukup 2-3 gelas kerana kalau minum terlalu banyak, lebih banyak pula kencing. Kurangkan air manis banyakkan minum air masak.

BERBUKA

1. Awalkan berbuka (maknanya berbuka setelah azan Maghrib, jangan buka waktu dhuha pulak)

2. Berbuka dengan makanan gula ringkas seperti kurma. Ia bantu berikan tenaga dengan cepat

3. Kawal nafsu makan! Makan makanan yang berkualiti (pinggan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, garam mineral dan vitamin)

4. Banyakkan minum air masak dari air manis. Di samping zero kalori, ia bantu untuk menghidrasi kembali badan.

Yang terpenting dalam diet sewaktu berpuasa adalah untuk tetap MENGIRA KALORI.

Penyebab ramai orang yang kekal berat badan atau makin naik berat badan kerana mereka gagal mengawal nafsu makan.

Bersahur sebanyaknya, berbuka apa lagi, dah macam ada saka dalam badan.

Elakkan membeli makanan berlebihan untuk berbuka terutamanya di bazar Ramadhan. Jika mampu, masak sendiri kerana kita boleh mengawal minyak dan lemak punca tinggi kalori serta mengawal kuantiti makanan yang dimasak.

Lagi satu, berpada-pada waktu moreh. Yang banyak kita tengok, moreh lagi banyak makan dari berbuka.

Walaupun berpuasa, kekal kira kalori. Jika sebelum puasa kalori per hari kita adalah 1500 Kal, jadi waktu puasa pun patut sama. Jangan sebab puasa, naik pulak kalori sampai 3000 Kal. Ini semua akibat gagal kawal nafsu makan kita.

Moga tips-tips ini boleh menjadi sedikit panduan buat semua. Harap kalian kekal fokus dengan matlamat untuk menurunkan berat badan.

Tetap kawal diri, dan banyakkan beribadah dalam bulan Ramadhan ini, InsyaAllah banyak keberkatan yang kita boleh dapatkan, jasmani dan rohani.

Jika tidak, yang kita dapat, hanyalah lapar dan dahaga.

Ia adalah cara baik, yang mana kita bukan sahaja boleh beramal, dan melakukan amal ibadat, tetapi dapat memastikan tubuh sihat, dengan mengawal pengambilan kalori dengan lebih baik, dalam menurunkan berat badan. – Siakap Keli

BACA: Doktor Ini Kongsi Tips Bagaimana Untuk Mengekalkan Kesihatan Ibu Hamil Sewaktu Berpuasa
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli