Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelumba Cub Prix, Norizman Ismail, Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan Ketika Sesi Ujian Masa



KUALA LUMPUR: Penunggang Cub Prix, Norizman Ismail meninggal dunia selepas dia terlibat dalam kemalangan ketika sesi ujian masa CP150 dalam kejadian di Bandar Baru Kijal, Kemaman

Norizman, 32, disahkan meninggal dunia di hospital pada jam 4.50 petang tadi.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysian Cub Prix berkata, Norizman terjatuh ketika berada di selekoh satu.

"Norizman terjatuh di selekoh 1. Marshal dan paramedik melakukan rawatan segera manakala bendera merah dikibarkan pada 3.52 petang untuk menamatkan sesi latihan.

"Jam 3.55 petang Norizman dibawa menaiki ambulan ke unit trauma untuk menerima rawatan segera sebelum dibawa ke hospital dengan mesin sokongan hayat (life support machine) dan pasukan perubatan penuh. Jarak hospital kurang 10 minit dari lokasi perlumbaan.

"Pihak hospital melakukan usaha terbaik namun Norizman disahkan meninggal dunia pada jam 4.50 petang, hari Jumaat, 5 Mei 2017," kata kenyataan itu.

Norizman memulakan karier di Cub Prix pada tahun 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011.

Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan sebagai tanda hormat kepada Norizman.

Sumber: FB Malaysian Cub Prix
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli