Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Tahfiz Antara Dua Pelajar Dari Malaysia Muncul Juara Genius Matematik Dunia


KUCHING: Seorang pelajar dari pusat pengajian tahfiz dari Malaysia dan seorang murid sekolah rendah harian dari Sarawak mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai pemenang pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia (WMC2017) yang berlangsung di Manila, Filipina baru-baru ini.

Mereka ialah Jad Haris Sabaruddin dan Najmi Asyraf Abdul Halim di mana masing-masing merupakan pelajar tahun enam dari Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub dan pelajar tahun empat dari Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hasan.

Jad Haris telah menjadi juara dengan memenangi pingat emas dalam Level 4 manakala Najmi Asyraf Abdul Halim pula telah memenangi kategori untuk Level 2.

Pertandingan ini terbuka kepada negara-negara yang menggunapakai kaedah pembelajaran Kaedah Matematik Sakamoto dari Jepun di mana satu-satunya Pusat Pembelajaran Sakamoto yang ada di negara ini terletak di bandar raya Kuching.


Dalam pertandingan berkenaan, seramai 25 kanak-kanak dan remaja dari negeri ini telah dipilih mewakili negara dalam pertandingan ini di mana ramai antara mereka turut memperoleh pingat perak dan gangsa.

Mereka yang memenangi perak ialah Airiz Danish (Level 2), Dhania Aniesa Fazzrudin (Level 3), Mia Adriana Muhammad Abu Zaid (Level 3) dan Nasrul Haq Zairon (Level 4).


Manakala pemenang gangsa ialah Aqil Shahiran Mohamad Romi (Level 1), Myra Nisrene Mohd Norazman (Level 1), Muhammad Haris Amzah (Level 1), Faeez Zindanie Mohamad Zakie (Level 1), dan Muhammad Amirul Asyraf Abdullah (Level 1)Akmal Fitri Ahmad (Level 1), Nuha Nashrah Abdul Aziz (Level 1), Irsyad Mahdi Radzali(Level 1), Marcus Jimok Delwish (Level 2), Dhania Farisya Ithnen (Level 2), Ammar Azizi Roslan (Level 2), Ahmad Latifi Sabeli (Level 3)
Muhd Bazil Fudail Sanchez (Level 3), Nur Umairah Shahheerah Abdul Razak (Level 4), dan Zahirul Haq Zairon (Level 5).

Pemenang gangsa lain Nadine Jannah Nawawi (Level 5, Muhd Adam Muhammad Abu Zaid (Level 5) dan Dayang Farah Farzana Abang Idham (Level 5). - Siakapkeli.my




Sumber: sarawakvoice
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli