Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pekerja Mahu Ganti Mesin ATM Rosak Dicekup Selepas Disangka Perompak


SUNGAI PETANI: Dua lelaki yang dilihat menolak keluar mesin juruwang automatik (ATM) disangka perompak telah ditahan di Jalan Kampung Baru, di sini, awal pagi tadi, lapor Berita Harian.

Orang ramai yang melihat 'kegiatan' lelaki itu menolak dua mesin ATM membuatkan mereka curiga ianya aktiviti rompakan dan terus menghubungi pihak polis.

Namun telahan mereka meleset, rupanya kedua-dua lelaki berkenaan adalah pekerja yang sedang menukar mesin ATM lama kepada mesin ATM baru di bank berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisoner Md Zukir Md Isa menafikan maklumat yang tersebar mengenai rompakan atau samun di premis berkenaan.


Menurut beliau, selepas menerima laporan dua buah kereta peronda polis telah dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba, sebuah lori dilihat diletakkan di hadapan pintu bank dengan dua lelaki berada di dalam premis bersama dua mesin ATM.

"Hasil pemeriksaan kedua-dua lelaki itu mendakwa membuat kerja menukar mesin ATM di bank terbabit dan mereka turut menunjukkan dokumen dari bank sebagai bukti. 

"Disebabkan kejadian awal pagi, polis tidak dapat membuat semakan dengan pihak bank dan kedua-dua lelaki itu ditahan untuk semakan lanjut," katanya.

Md Zukir menyesahkan kedua lelaki ini memang sedang melakukan kerja menukar mesin ATM di premis itu selepas berjaya menghubungi pihak bank terlibat kira-kira jam 9 pagi dan jadual sebenar untuk menukar mesin berkenaan juga adalah jam 9 pagi.

Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu kemudian dibebaskan susulan pengesahan itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli