Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Murid Tahun 6 Retak Tulang Leher Selepas Dipercayai Terjun Dari Tingkat 3 Bagunan Sekolah


Seorang murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Andalas, Klang dilaporkan mengalami kecederaan di kepala dan retak tulang leher selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah, hari ini, lapor Harian Metro.

Menurut laporan, kejadian berkenaan disedari oleh seorang guru kira-kira jam 7.20 pagi selepas terjumpa mangsa ditemui terbaring di kaki lima.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, murid itu segera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, bagi mendapatkan rawatan.

"Siasatan awal mendapati mangsa tidak hadir ke sekolah selama tiga hari sejak Rabu lalu kerana mengalami sakit telinga.

"Mangsa turut memaklumkan kepada bapanya dia tidak mahu ke sekolah hari ini kerana tiada persefahaman dengan rakan sekelas," katanya.

Alzafny turut menyatakan sebelum kejadian, mangsa berada di kelas di tingkat tiga bangunan sekolah, mangsa kemudian telah diarahkan pengawas turun ke dewan bagi sesi perhimpunan tetapi memberitahu akan turun kemudian.

"Hasil siasatan menemui terdapat satu kerusi di koridor bertentangan kelas dipercayai digunakan mangsa untuk terjun."

"Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan retak tulang leher tetapi stabil dan sedar.

"Motif kejadian masih disiasat dan tiada sebarang unsur jenayah," katanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli