Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Masuk Hutan Nak Cari Burung, Tapi Jumpa Baju Dan Gambar Perempuan Dicucuk Jarum Tergantung Atas Pokok

No Comment

Mungkin kita pernah terdengar kisah mistik di mana ada amalan khurafat dengan mengikat botol atau apa sahaja dalam hutan di atas pokok.

Ia mungkin pernah dilihat dalam drama atau filem mistik, ada yang tidak percaya ianya wujud di dalam dunia realiti. Namun nampaknya ada kejadian khurafat ini dijadikan amalan mereka yang tidak bertanggungjawab betul-betul berlaku.

Diceritakan oleh Encik Mohd Nur Rahmat Jumrael di mana rakannya telah masuk ke dalam hutan untuk mencari burung, namun dia telah menjumpai sesuatu yang agak pelik dan kemungkinan ada berkaitan dengan perkara mistik.

Jom kita baca,

Bismillah,
Allahumma solli ala Muhammad.

Pernah dengar pugai? atau pun buatan orang? ke pernah dengar guna guna orang? atau mungkin sihir?

Mana-mana tempat mungkin benda ni masih wujud termasuk di Sabah. Orang berjaya kita iri hati dan dengki. Orang tidak terima cinta, kita bomohkannya.

Kesannya yg kena sihir tu, merana. Sakit, dan boleh bawa maut.

Gambar di bawa di rakamkan oleh kawan Tuan Tony Hma semasa mencari burung di dalam hutan, Karambunai. Agak-agak gambar di cucuk menggunakan jarum dan juga baju wanita ini untuk apa ya??





P/s: Banyakkan "pendiding" dalam diri.

Nota: Sebelum ini sahabat sejemaah, di ceritakan oleh Ustaz Mizan, pernah kena sihir semasa menjalankan dakwah di daerah pitas. 

Bila berubat jantungnya seperti di cucuk2 oleh benda tajam. namun alhamdulillah Ustaz tu berjaya di sembuhkan. Ada Amalan yang di pegang sebagai pendinding. Antaranya melazimi Al-mathurat pagi dan petang.

- Siakapkeli.my

**Cerita adalah ditulis oleh pemilik sendiri, bukan dari pihak Siakap Keli.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli