Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Manusia Tertua Indonesia, Mbah Ghoto, Meninggal Dunia Pada Usia 146 Tahun



JAKARTA - Lelaki yang dipercayai sebagai manusia tertua di Indonesia, Mbah Ghoto atau nama sebenarnya Saparman Sodimejo, meninggal dunia malam tadi.

Mbah Ghoto meninggal dunia pada usia 146 tahun.

Mbah Ghoto yang berasal dari Sragen, Solo di Jawa Tengah itu dilaporkan meninggal dunia akibat sakit selepas dimasukkan ke Hospital Sragen sejak dua hari lepas.

Media-media dalam talian memetik Timbalan Ketua Polis Seksyen Sambungmacan, Zaeni sebagai berkata, Mbah Gotho sebelum ini sering menerima rawatan di hospital berkenaan dan enggan dimasukkan ke wad.

"Sebelumnya Mbah Gotho telah dirawat di Hospital Sragen namun dia meminta keluarganya untuk dibawa pulang ke rumahnya," kata Zaeni.

Mengikut kad pengenalnnya, Mbah Gotho dilahirkan pada tahun 1970 dan dalam satu wawancara dengan media tempatan, dia masih mampu menceritakan mengenai pembukaan kilang gula di daerahnya pada zaman penjajah Belanda sekitar akhir tahun 1800-an.

Mbah Gotho meninggalkan 12 cucu, 17 cicit dan dua piut.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli