Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lutut Pemain MU, Zlatan Ibrahimovic, Dimahukan Untuk Tujuan Kajian Perubatan - Ejen



Ejen kepada pemain Manchester United (MU), Zlatan Ibrahimovic telah membuat satu dakwaan sensasi apabila berkata lutut Ibrahimovic dimahukan untuk tujuan kajian perbuatan memandangkan ia mempunyai kekuata 'diluar jangkauan'.

Pemain berusia 35 tahun itu mengalami kecederaan lutut ligamen krusiat ketika menentang Anderlecht pada April lalu, dan menjalani pembedahan di Pittsburgh awal minggu ini.

Ibra dibedah oleh doktor sukan, Freddie Fu dan juga Volker Musahl, yang dikatakan terkejut dengan kekuatan dan kondisi lutut penyerang itu serta mahu melihat mereka sekali lagi apabila Ibra menggantung but.

Lututnya sangat kuat sehinggakan doktor berkata mereka tidak pernah melihat lutut seumpama itu, kata ejen Ibra, Mino Raiola sebagaimana lapor Expressen.

"Dia mempunyai lutut yang hampir mustahil untuk dipunyai oleh pemain bola sepak dengan karier sepanjang 20 tahun. Ianya sangat bersih, tiada sebarang kerosakan padanya," kata Mino.

Mino juga berkata, disebabkan itu, doktor mahu dia kembali selepas kariernya habis untuk menjalankan kajian.

"Mereka membuat banyak kajian tentang subjek itu (lutut dan ligamen) dan sebab itu mereka lebih pakar dari orang lain. Jadi selepas karier Ibra berakhir, kami akan kembali bagi membolehkan ligamen Ibra diperiksa,"

Sumber: Metro.co.uk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ADAKAH ANDA MEMERLUKAN PINJAMAN A? EMAIL: [email protected]

    Adakah anda seorang lelaki perniagaan atau perempuan? Adakah anda memerlukan dana untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menyelesaikan hutang anda atau membayar bil-bil anda atau memulakan perniagaan yang bagus? Adakah anda memerlukan dana untuk membiayai projek anda? E-mel: ( [email protected] ) Kami Menawarkan perkhidmatan pinjaman jaminan apa-apa amaun dan mana-mana bahagian dunia untuk (Individu, Syarikat, Realtor dan Pertubuhan Perbadanan) pada kadar faedah yang luar biasa kami 2%. Untuk permohonan dan maklumat lanjut menghantar dihantar ke alamat e-mel berikut: [email protected]

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli