Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lukisan ini Terjual Pada Harga RM447 Juta Selepas Dibida Oleh Usahawan Jepun


Satu hasil seni yang dihasilkan pada 1982 oleh Jean-Michel Basquiat dijual pada rekod $110.5 juta (RM477 juta) di satu lelongan di New York.

Lukisan bernama 'Untitled' itu dijual oleh Sotheby pada Khamis malam dalam satu lelongan di Manhattan. Lukisan tersebut menunjukkan satu muka manusia yang berbentuk tengkorak.

Lelongan itu menyifatkan lukisan terbabit sebagai "raw, uncensored, and fiercely magnificent".

Hasil seni itu terjual kepada seorang pengumpul dan usahawan Jepun, Yusaku Maezawa selepas perang lelong yang mengambil masa selama 10 minit.

Katanya, dia bercadang untuk meletakkan lukisan itu di muziumnya di Chiba, Jepun.

Basquiat mati pada tahun 1988 pada usia 27 kerana mengambil dadah berlebihan.

Sumber: DM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli