Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Lelaki Upah 200 Orang Tak Dikenali Untuk Berlakon Sebagai Rakan di Majlis Perkahwinannya, Berakhir di Penjara


Hari yang sepatutnya menjadi hari paling gembira bertukar mimpi ngeri buat satu pasangan di China apabila bakal pengantin lelaki terkantoi mengupah 200 orang yang tidak dikenali untuk berlakon sebagai rakan dan ahli keluarga di perkahwinan tersebut.

Wang sepatutnya disatukan dengan tunangnya, Xiaoli, pada Ahad, 30 April lalu di satu majlis perkahwinan besar-besaran yang diadakan di sebuah hotel di Xian, China.

Semuanya berjalan seperti yang dirancangkan namun keluarga sebelah pengantin perempuan mula syak sesuatu yang tidak kena apabila separuh dari meja yang ditempah khas untuk tetamu dari pihak pengantin lelaki kosong. Ketika ditanya, Wang berkata mereka semua dalam perjalanan.

Apabila pihak pengantin perempuan bertanya kepada tetamu belah lelaki yang sudah tiba, kesemua mereka mengaku rakan Wang, tetapi tidak seorang pun berkata mereka mengenali Wang. Keadaan juga menjadi semakin tegang apabila ibu bapa pengantin perempuan keluar meninggalkan majlis itu.

Akhirnya, pengantin berusia 27 tahun itu mengaku dia sebenarnya menipu dan tunangnya cepat-cepat menelefon polis.

Polis tiba ke majlis itu dan mula menghujani tetamu pengantin lelaki dengan soalan. Hasilnya, ramai tetamu yang terkantoi dan mengaku tidak pernah pun bertemua dengan Wang sebelum ini.

Kebanyakan dari mereka adalah pelajar dan juga pemandu teksi. Hasil siasatan mendapati kesemua mereka mempunyai satu persamaan - mereka semua adalah rakan kepada Wang di sosial media WeChat dan Wang menawarkan mereka 80 yuan (RM50) untuk menghadiri majlis terbabit.


TV tempatan berkata Wang dan tunangnya sudah mengenali selama tiga tahun namun Xiaoli langsung tidak tahu Wang boleh 'berlakon' sedemikian rupa.

"Dia sangat baik dengan saya, selalu membayar bil dan ada masa untuk saya," kata Xiaoli. "Tetapi bila saya fikir semula, kami memang tak ada kawan yang sama dan ibu bapa Wang yang saya jumpa juga mungkin sudah diupah"

Wang telah ditangkap tetapi bukan disebabkan mengupah orang datang ke majlis perkahwinannya, tetapi kerana kesalahan lain. (Dah tentu upah orang datang majlis kahwin bukan satu kesalahan di mana-mana negara).

CGTN mendedahkan, Wang dituduh menipu wang sebanyak 1.1 juta yuan dari keluarga pengantin untuk beberapa tahun lepas. Pada 2015, Wang juga dikatakan meminjam wang 400,000 yuan dan awal tahun ini, dia juga meminjam keluarga tunangnya 700,000 yuan untuk membeli kereta perkahwinan.

Akhirnya, Wang juga mengaku dia mahu berkahwin dengan Xiaoli hanya kerana wang.



Tetapi itu juga bukan sebabnya dia ditangkap polis. Ketika polis melakukan pemeriksaan latar belakang, polis mendapati Wang hanya berusia 20 tahun - dua tahun terlalu muda untuk berkahwin di China.

Keluarga Wang juga telah tampil meminta maaf kepada keluarga Xiaoli berkata mahu membayar kesemua wang yang dipinjam anaknya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli