Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Maut Selepas Digilis Treler Ketika Sedang Tukar Tayar Kereta



10 Mei - Seorang pekerja di sebuah syarikat minyak dan gas di Kemaman maut selepas dirempuh sebelum digilis sebuah treler dalam kejadian di KM 365.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Bukit Besi dalam kejadian pagi tadi.

Menurut BH Online, difahamkan mangsa sedang menukar tayar depan kereta Perodua Myvi yang dipandunya ketika kejadian.

Mangsa, Mohd Zalaini Mohd Shafee, yang berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah akibat digilis.

Sebelum kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakannya, Firdaus Asmadi, 23; Ahmad Ihsan Asyraf Yusof, 19; dan Mohamad Abdul Azhim Suhairi, 18; dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk pulang ke Kemaman, memberhentikan kereta di bahu jalan akibat kerosakan tayar.

Bagaimanapun, sebuah treler tiba-tiba merempuh kereta mangsa dari arah belakang sebelum menggilis lelaki itu. Akibat rempuhan itu, Ahmad Ihsan turut parah, Firdaus mengalami patah jari manakala Abdul Azhim cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hopsital Dungun dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli