Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Bina 'Istana' 8 Tingkat Untuk Sambut Kepulangan ke Kampung Selepas Bekerja di Bandar



Selepas meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki di Shenzhen ketika muda, seorang pemuda akhirnya pula ke kampung sambil disambut oleh 'istana' lapan tingkat yang dibina bagi 'mengumumkan' kepulangannya.

Majlis gilang gemilang itu diadakan awal minggu ini di Gaozhou, barat selatan wilayah Guandong. Menurut Shanghaiist, istana lapan tingkat itu menelan kos kira-kira 10 juta yuan (RM 6.2 juta).

Lelaki terbabit menunjukkan tempat baru itu kepada keluarga, rakan dan juga warga tempatan dan meraikan mereka dengan 250 meja makan yang menelan belanja 300,000 yuan (RM186,000)

Ramai yang menyangka lelaki berkenaan mungkin seseorang tauke syarikat jual tanah besar tetapi sebenarnya lelaki tersebut hanyalah pemilik sebuah syarikat kecil di Shenzhen. Dia pergi ke Shenzhen ketika muda dan berjaya mengumpul wang yang banyak.

Tidak dapat dipastikan apa yang ingin dilakukan oleh lelaki berkenaan dengan bangunan sebesar itu tetapi ia mengandungi lif dan juga bilik karaoke untuk hiburan.

Difahamkan juga, spekulasi mengatakan lelaki terbabit mungkin ada terlibat dalam perniagaan jual beli hartanah terpakai.








Sumber: shanghaiist.com/
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli