Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KPDNKK Diarah Untuk Periksa Gajet 'Fidget Spinner'


Kuala Lumpur, 11 Mei - Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diarah membuat pemeriksaan gajet 'fidget spinner' di pasaran sama ada permainan itu boleh mengundang bahaya kepada pengguna atau sebaliknya.

Gajet fidget spinner itu mula menjadi popular apabila menjadi viral di media sosial.

Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, penguat kuasa KPDNKK akan mendapatkan sampel permainan itu di pasaran sebelum dihantar kepada SIRIM untuk diperiksa.

"Itu adalah langkah jangka masa pendek yang kita ambil terhadap barang ini (fidget spinner) untuk kita pastikan supaya ia tidak memudaratkan pengguna dalam negara.

"Untuk jangka masa panjang, KPDNKK sudah tubuhkan jawatankuasa yang akan bertanggungjawab mengeluarkan standard untuk permainan serta barangan lain, namun ia masih diperingkat persefahaman dan dijangka akan mula beroperasi secepat mungkin.

"Melalui jawatankuasa itu, semua barangan yang mahu dibawa masuk ke Malaysia atau dibawa keluar ke negara lain, sama ada permainan, makanan, barangan pembinaan dan lain-lain perlu melalui pemeriksaan KPDNKK yang akan mengeluarkan peraturan dan standard yang perlu dipatuhi pengeluar produk," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Sebelum ini, portal berita BH ada melaporkan beberapa badan NGO menyuarakan kebimbangan kerana gajet itu bukan saja berkemungkinan boleh mendatangkan kecederaan, malah dieksploitasi menjadi senjata berbahaya dan digunakan untuk tujuan jenayah.


Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli