Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Kenak Ya' & 'Nang Giya' Serta Pelbagai Lagi Keunikan Bahasa Melayu Sarawak Yang Mempunyai Ciri-Ciri Menarik Dan Tersendiri

No Comment

Disebabkan kepelbagaian kaum, mahu pun etnik di Malaysia, kita mempunyai pelbagai logat, juga bahasa yang mana ada sebutan, juga maksud yang tersendiri, walupun pada dasarnya Bahasa Melayu masih digunakan.

BACA: Rupanya Tak Semua Perkataan Kena Tambah ‘Bah’ Di Hujungnya, Gadis Ini Kongsi Macam Mana Nak Belajar Bahasa Sabah, ‘Ayuk Belajar Bahasa Sabah’

Mungkin jika di Semenanjung Malaysia, masih boleh lagi memahami beberapa loghat yang diperkatan, namun begitu, bagaimana pula di Sabah dan Sarawak?

Menerusi seorang guru, yang telah menulis akan Bahasa Melayu Sarawak di laman, Cikgu Emmet Menulis, telah dikongsikan beberapa ayat, juga perkataan yang berbeza, mengikut etnik di sana.

Mari kita ketahui akan kepelbagaian Bahasa Melayu di Saribas-Satok-Kabong ini.

Foto: sarawakfocus

Bahasa Melayu Sarawak Saribas-Saratok-Kabong

Umumnya diketahui bahawa dialek Melayu di Sarawak ini ada perbezaan berbanding ditempat lain. Walaupun ada perbendaharaan kata yang sama dengan bahasa melayu - riau yang menjadi asas bahasa Melayu nusantara namun masih terdapat beberapa sebutan yang agak ketara dan memberikan identiti tersendiri terhadap bahasa Melayu Sarawak. 

Di dalam Sarawak itu sendiri masih ada beberapa tempat yang mana bahasa melayunya berbeza dari segi sebutan. Ianya mungkin dipengaruhi oleh tempat dan asimilasi dari bahasa penutur jati tempatan yang membuatkan wujudnya perbezaan. 

Sama keadaannya seperti di Perak dimana dibahagian utara lebih terpengaruh dengan sebutan Kedah dan P.Pinang. Manakala di bahagian selatan dipengaruhi bahasa melayu riau dan bahasa melayu Pahang. Di hulu Perak ada pengaruhi bahasa pattani dan bahasa Perak yang asal hanya ditemui di daerah Perak Tengah dan Kuala Kangsar. 

Di Sarawak pula bahasa yang menjadi teras sebutan bahasa Melayu Sarawak boleh dikatakan diambil dari daerah Kuching Samarahan. Namun sebutannya akan berbeza jika dituturkan di kawasan Saribas Saratok Kabong. Di Sibu bahasa melayu Sarawak nya mungkin ada pengaruh melanau, manakala di Miri mungkin ada pengaruh Brunei. 

Namun demikian sepanjang saya berada disini, bahasa Melayu Saribas-Saratok-Kabong mempunyai ciri-ciri yang menarik dan tersendiri.

Penggunaan sebutan vokal 'O' dihujung perkataan mendominasikan sebutan dari daerah ini. 

-Kenapa ini?
Kuching: Kenak ya?
Saribas-Saratok-Kabong: Nakpo yo?

-Yang itu
Kuching: Nak iya
Saribas-Saratok-Kabong: Nak yo

-Memang begitu la
Kuching: Nang giya
Saribas-Saratok-Kabong: Nangpo yo

-Suka hati akulah
Kuching: Suka hati kamek empun
Saribas-Saratok-Kabong (terutama Spaoh Pusa saratok): Koti kumpun 

Begitu juga sebutan arab biasanya disebut mengikut dia dalam sebutan tempatan. 

-La hawala wala quwaatbillah
Saribas-Saratok-Kabong: Lahkelolo 

-Astaghafirullah hal azim
Saribas-Saratok-Kabong: Asterapilah hajim 

Terdapat sebutan yang menunjukkan benda tapi berbeza ditempat lain.

-SUNGEY (Sungai) menjadi KOLO. 
Contoh, Boh mandi kolo yo..do boyak sio (jangan mandi sungai ada buaya) 

-Parang mungkin di sebut LADIN atau TAMAN.

Sebutan yang menghasilkan bunyi yang lembut, sangat mempengaruhi sebutan masyarakat melayu. seperti.

-Pulang menjadi 'Puleang'.
-Datang menjadi 'Ateang'.  

Foto: sarawaktourism

Pernah saya menegur beberapa murid perempuan yang tidak solat di surau semasa di Saratok dan mereka menjawab... MEK SIKPAT EMBEANG GU..MEK ATANG KAIN GU. Terkejut juga mendengarnya. Rupa rupanya Atang Kain tu datang haid. 

Demikianlah keindahan Bahasa Melayu Sarawak yang pelbagai dialek di daerah yang berbeza. Sama juga bahasa bahasa lain, bahasa Iban di Kuching berbeza dengan bahasa Iban Saratok, Sri Aman, Sibu, Kanowit dan Miri. Bahasa Bidayuh Bau, Serian dan Lundu juga berbeza. Bahasa Melanau Matu Daro dan Mukah serta Bintulu pun berlainan.

Namun semua perbezaan ini membentuk satu keindahan supaya kita semua saling kenal mengenali dan berbangga dengan kepelbagaian. Bak kata orang Perak...TAK KENEY MAKE TAK CINTE...

Tinta peranti Cikgu Emmet.

Walau apa pun bahasa Melayu, atau loghat yang digunakan, keunikan tersebut seharusnya menjadi kebanggaan, dan menjadi pengikat perpaduan antara satu sama lain.  - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli