Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kejadian Pukul Depan Surau: 4 Lelaki Sudah Ditahan Untuk Bantu Siasatan


JOHOR BAHRU: Pihak polis hari ini telah mengesahkan yang pihak mereka telah menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pukul seorang lelaki di depan sebuah surau di Taman Austin Perdana, di sini selepas solat Jumaat semalam, lapor Utusan Malaysia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua mereka yang berumur  antara 21 hingga 55 tahun itu ditahan di depan surau berkenaan pukul 1 pagi tadi.

Semalam, sekumpulan jemaah masjid telah berang selepas seorang lelaki telah membunyikan hon tanpa henti hingga menggangu solat Jumaat di dalam surau berkenaan.

Mereka telah bertindak memukul seorang lelaki selepas solat Jumaat dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati.

Kejadian itu turut menjadi tular dalam laman sosial, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli