Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kedah Juara Piala FA 2017, Baddrol Jadi Hero Kedah

Kredit: FB Football Malaysia LLP

Shah Alam, 20 Mei - Kedah menjuari Piala FA 2017 apabila menang 3-2 terhadap Pahang dalam final yang berlangsung di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Gol Kedah disumbangkan oleh Ken Ilso pada minit ke-20 dan dua lagi gol disumbangkan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke 45 dan 73.

Gol Pahang pula disumbat oleh Jae Won pada minit ke 45+3 (masa tambahan) dan Sumareh pada minit ke 79.

Minit-minit terakhir perlawanan memaparkan aksi-aksi yang mendebarkan apabila Pahang dilihat begitu agresif membuat beberapa percubaan ke arah gawang Kedah.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli