Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Katanya Seorang Pelajar Tempatan, Jual 'Coklat' Untuk Tampung Kos Belajar, Taktik Terbaru Warga Asing Berlakon Raih Simpati


Sudah menjadi kebiasaan kita rakyat Malaysia terutamanya di ibu kota Kuala Lumpur, tengah sedap-sedap makan akan datang tidak putus-putus orang minta sedekah, penjual tisu dan pelbagai lagi.

Namun, jika inya satu perniagaan yang jujur tiada masalah, namun jaga-jaga dengan sindiket terbaru yang menggunakan taktik kononnya sebagai yang seorang pelajar yang sedang mencari dana untuk bantuan pelajarannya.

Dikongsikan oleh seorang wanita bernama Zalina Yahaya, dia dan seorang lagi rakannya telah terkena dengan sindiket ini di mana orang yang menjualnya cukup iras dengan wajah gadis Malaysia, tetapi rupanya bukan dan tidak fasih pun berbahasa Malaysia.

Mereka menyatakan menjual coklat yang dihias dengan cukup cantik, namun apabila di beli, ianya hanyalah cebisan kek yang dicelup coklat sahaja dan tidak pasti akan status halalnya.

Jom kita baca.

Ni cerita kelmarin.

Saya dan husband tengah tunggu order kat Pak Hailam Kopitiam, Mydin Seremban 2. Tetiba seorang budak muda meletakkan nota ni atas meja. Kemudian berlalu pergi.

Dalam hati kata: bagus budak ni nak cari duit cara halal untuk tampung pengajian.

Husband kata nak beli lah nanti bila dia datang collect kertas ni.


Selepas 5 minit budak tu datang ke meja kami bersama beberapa kotak chocolate.

Sebenarnya bukan coklat. Saya rasa ia hanyalah "coklat ball" . Pemilik2 bakery mesti tahu apa tu coklat ball. Lebihan kek yang dikepal bersama susu, kemudian dicelup dalam ganache dan digolekkan di atas manik2 gula hiasan.


Husband saya tanya dia belajar mana..Huh...pekat loghat Filipina nya. Puas disuruh ulang banyak kali baru faham.

Katanya belajar kursus Maritime. Dari Zamboanga nuhhh. (Dekat Mindanao, Philippines).

Kami beli satu kotak sebab mula2 ingat dia 'genuine' - macam rupa student kita.

Lepas bayar dia macam tergesa2 nak pergi. Nak juga tanya dia kenapa jauh sangat datang berniaga coklat ni. Tapi memandangkan 5 kali kami mintak dia ulang apa dia cakap baru kami faham biji butir, saya batalkan niat tu.

Tetapi dalam hati ada keraguan mengenai budak ni. Dan hari ni kawan saya Nor Hanisah Binti Hafni cerita benda sama berlaku kat dia masa dia makan di KFC.

Hampa penah alami benda sama ka?

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli