Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kalau Nak Perli Dan Sindir Boleh, Tapi Kalau Fitnah Saya Akan Saman - Datuk Ahmad Maslan


Mana-mana pemimpin yang menjadi mangsa fitnah di media sosial disaran untuk dijejaki dan tindakan saman perlu diambil, lapor Projek MMO.

Pengerusi Biro Teknologi Maklumat Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan undang-undang dapat mengurangkan budaya fitnah dan mewujudkan suasana media sosial lebih beretika.

“Cari pemilik akaun media sosial dan saman mereka yang memfitnah, seperti yang dibuat oleh presiden Umno.

“Supaya pemfitnah berhenti daripada berbuat demikian dan tahap etika penggunaan media sosial akan meningkat.

“Saya juga akan saman jika ada orang fitnah saya selepas ini. Memang sebelum ini saya gunakan #AdaAkuKisah di media sosial jika ada yang perli atau menyindir saya.

“Ahli politik mana yang tidak diperli, itu biasa. Tapi jika fitnah, memang aku kisah,” beliau dilaporkan berkata.

Beliau mengulas demikian selepas Datuk Seri Najib Razak telah bertindak menyaman Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berhubung kenyataan dalam rakaman video membabitkan pembentangan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta 355, bulan lalu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Kalau kita cakap bende salah.. die cakap kita fitnah la.. itu la.. nak saman la.. tapi die ckp mende salah..mcm gst harga aramg turun tu.. kan fitnah tu.. ada ke org saman die? Musibat betul la..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli