Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kalah Dalam 10 Saat: Sifu Tai Chi Salahkan Kasut Licin Selepas Kalah Dengan Peserta MMA



Selepas dikalahkan dalam masa 10 saat ditangan peserta MMA minggu lepas, sifu Tai Chi kini berkata kasut licin menjadi punca kekalahan tersebut.

Lei Lei, 41, kalah ketika melawan peserta MMA Beijing, Xu Xiadong dalam pertarungan yang diadakan minggu lepas.

Melalui satu video temuramah, Lei menjelaskan bahawa dia memakai kasut baru dengan tapak getah di hari pertarungan. Katanya, disebabkan lantai tempat pertarungan itu juga diliputi dengan getah, dia hilang keseimbangan badan ketika bertahan ke belakang.

"Dia tak pernah sentuh saya ketika saya berdiri... Saya cuma dipukul bila saya jatuh ke atas lantai," kata Lei.

"Perlu saya jelaskan panjang lagi?"

Susulan kekalahan itu juga, Lei turut memberikan beberapa alasan lain. Di dalam satu temuramah lain, Lei berkata dia sengaja tidak mahu menang kerana perkara itu boleh menyebabkan 'ketidakharmonian' dalam hidupnya. Dalam satu temuramah lain pula, dia berkata dia terpaksa 'menahan kuasa' bertarung supaya lawannya itu tidak terbunuh jika dia gunakan kuasa sebenar.

Jika anda terlepas menonton video pertarungan itu, boleh lihatnya di bawah:




Sumber: http://shanghaiist.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli