Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Jangan Selalu Tukar Kata Laluan," Ketua Unit Teknologi Jenayah Siber Britain Beri Amaran


LONDON: "Jangan kerap tukar kata laluan," itu adalah saranan yang diberikan oleh Ketua Unit Teknologi Jenayah Siber Britain, Paul Edmonds mengenai kepentingan pengguna untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa godam, lapor Mail Online.

Menurut beliau, perkara itu dibangkitkan susulan kebanyakan aplikasi, program komputer atau akaun emel yang menerapkan polisi untuk meminta pengguna menukar kata laluan bagi tempoh tertentu bagi mengelakkan kes penggodaman.

"Dasar sedemikian sebenarnya membuatkan akaun pengguna lebih terdedah kepada jenayah siber sekiranya kerap menukar kata laluan.

"Ini kerana pengguna memilih kata laluan yang lebih lemah kerana tidak mahu memikirkan kod keselamatan yang lebih rumit bagi menjaga keselamatan akaun mereka.

"Hal sedemikian menyebabkan penggodam dapat merungkai kata laluan dengan lebih mudah," katanya.

Sebagai contoh Edmonds berkata, laman web PayPal tidak pernah meminta penggunanya menukar kata laluan.

"Jika menukar kata laluan dilihat amat penting untuk keselamatan siber, PayPal sudah pasti mengalami kerugian yang besar kerana tidak melaksanakan dasar itu," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli