Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jadikan Ia Sebagai Rutin Harian, 4 Waktu Ini Adalah Antara Masa Terbaik Untuk Minum Air Kosong

No Comment
Foto: liversupport

Meminum air masak, atau air kosong sememangnya sangat baik, dan dengan meminum air, ia dapat memastikan tubuh badan kita sentiasa mencukupi air, lebih-lebih lagi jika terlalu banyak berpeluh, atau terdedah dengan tempat panas.

Bukan itu sahaja, sebenarnya terdapat beberapa masa yang sesuai untuk anda meminum air masak.

Menurut dari laman Penerangan Malaysia ini, telah dikongsikan akan masa-masa yang baik untuk kita meminum air masak.

Mari kita baca akan perkongsian ini.

Foto: lifehack

4 WAKTU TERBAIK MINUM AIR MASAK

Kenapa air masak?

Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita. Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh.

Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?

1. Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok. Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

2. Bangun tidur

Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

3. Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

4. Sebelum makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!

Sekiranya anda boleh mengikuti seperti yang disarankan ini, amatlah baik. Selain dari masa ini, digalakkan juga untuk meminum air masak yang secukupnya, seperti semasa tengah bekerja, dengan keadaan penghawa dingin terpasang. Walau apa pun, kekal terhidrat.

- Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli