Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini Sebabnya Mengapa Kanak-Kanak Tiru Apa Yang Dilihat Di TV, Walaupun Ianya Perbuatan Tidak Baik, Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu

No Comment

Kita sering dengar sebelum ini, yang mana anak-anak mudah untuk meniru atau mengikuti apa yang dilakukan oleh orang sekeliling mereka, lebih-lebih lagi ibu bapa, atau keluarga.

Tindakan yang terjadi adalah salah satu rangsangan daripada tindakbalas otak mereka, dan disebabkan itulah mereka akan terikut sama melakukannya.

Tapi, hampir kesemua perkara kanak-kanak akan ikut, dan ianya bukanlah baik, kerana banyak tingkah laku yang ditonton dari televisyen, bukanlah boleh ditiru oleh mereka.

Menerusi perkongsian dari laman, Parent Connect ini, ada dijelaskan mengenai tindakan anak meniru perbuatan ini, serta mengapa kanak-kanak membuat perbuatan itu, walaupun bagi kita, ia adalah salah.

Mari kita ikuti perkongsian dari laman tersebut.


ANAK MENIRU: ANTARA REALITI DAN FANTASI

1) Pernahkah anda melihat bayi menjelirkan lidahnya kembali setelah bayi melihat kita menjelirkan lidah kepadanya?

2) Pernahkah anda melihat anak kecil menggoyang-goyangkan badannya apabila melihat kita bergerak mengikut alunan muzik?

3) Pernahkah anda melihat anak kecil meletakkan telefon bimbit di telinganya walaupun anda tidak pernah mengajar anak tersebut tentang kedudukan telefon?

Kajian yang dibuat oleh Meltzoff dan Marshall dari Institute for Learning and Brain Science University of Washington mendapati bahawa apabila anak kecil memerhatikan perbuatan kita, otak mereka bertindak balas seolah-olah mereka turut melakukan aktiviti yang sama.

Contohnya, apabila bayi memerhatikan kita menjelirkan lidah, bahagian otak bayi yang mengawal lidah bertindakbalas seolah-olah bayi sendiri yang melakukannya. Apabila kita menggerakkan kaki dan bayi memerhatikan kita, bahagian otak bayi yang mengawal kakinya akan bertindakbalas seolah-olah bayi itu sendiri melakukannya.

Begitulah ajaibnya otak.

Ini adalah tindakbalas yang berlaku disebabkan oleh mirror neuron. Mirror neuron bertindak sebagai cermin kepada apa yang diperhatikan.


ANAK-ANAK BELAJAR MELALUI MENIRU.

Meniru adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran anak-anak. Mereka meniru apa saja yang mereka lihat. Mereka meniru apa saja yang menjadi budaya yang diamalkan dalam rumah, sekolah, dalam masyarakat dan juga di skrin tv dan komputer.

4) Pernahkah anda terfikir kenapa anda turut sama menangis apabila melihat pelakon menangis ketika adegan sedih meruntun jiwa? Adakah kerana pelakon tersebut pandai menjiwai watak atau adakah kerana penulis skrip pandai bermain dengan emosi penonton?

Sebenarnya ini juga berlaku disebabkan oleh mirror neuron. Sebarang tindakan yang mencuit emosi kita akan lebih mudah mengaktifkan mirror neuron dan mewujudkan jaringan dalam otak yang menyebabkan kita meniru aksi tersebut. 

Selain meniru, mirror neuron juga menjadi asas kepada empati atau keupayaan untuk memahami perasaan orang lain ('Mirror, Mirror in the Brain', Science Daily, 2007).

Anak kecil mempunyai kecenderungan semulajadi untuk meniru perbuatan orang lain. Walau bagaimanapun mereka belum mempunyai keupayaan dan kebijaksanaan untuk menilai sama ada perbuatan itu patut atau tidak ditiru. 

Mereka belum berupaya untuk menganalisa, dan menilai sama ada sesuatu perbuatan itu bermoral ataupun tidak.

Mereka akan meniru apa saja yang dilihat termasuklah perbuatan yang salah, negatif, ganas dan merosakkan pada pandangan orang dewasa. Sebarang perbuatan yang melahirkan emosi akan lebih cenderung untuk ditiru oleh anak-anak.


ANTARA REALITI DAN FANTASI

5) Pernahkah anda melihat anak-anak berguling, menendang, menolak, memukul dan sebagainya selepas melihat aksi lasak atau ganas dalam rancangan yang ditonton mereka di skrin TV atau komputer?

6) Pernahkah anda mendengar bahasa yang tidak elok dipertuturkan anak selepas menonton sesuatu rancangan TV?

Perbuatan meniru sebegini berlaku kerana mereka belum berupaya untuk membezakan antara realiti dan fantasi.

Apa yang ‘real’ pada anak-anak kecil adalah apa yang mereka dapat lihat dengan mata mereka. Keganasan yang mereka tonton di skrin adalah juga real bagi mereka. Jika 'real', maka apa salahnya jika mereka tiru? Walaupun mereka mengalami kecelaruan kognitif (cognitive confusion), itu tetap tidak menghalang mereka untuk meniru aksi tersebut.

Oleh itu fikirkanlah:

Cerita dan rancangan yang bagaimanakah ditonton anak-anak melalui skrin TV dan komputer?
Iklan bagaimanakah yang disajikan untuk menjadi tontonan anak setiap hari?
Perbuatan ibubapa dan guru-guru yang bagaimanakah ditiru oleh anak-anak?
Aksi kawan-kawan yang bagaimanakah dibawa balik oleh anak ke rumah?

Anak-anak belajar melalui meniru.
Sajikanlah mereka dengan sesuatu yang baik untuk ditiru.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
MA Early Childhood Education (UK)

- Siakap Keli

BACA: Budak 7 Tahun Terjun Dari Tingkat 10 Bangunan Guna Payung Selepas Terinspirasi Tengok Kartun, Nasib Baik Terselamat
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli