Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Ini Makna Sebenar Penyokong Bola Sepak' - Lelaki Ini Terus Beri Semangat Kepada Pasukan Kegemarannya Biarpun Hanya Dia Seorang di Tempat Duduk Penyokong



5 Mei - Betul ke kata orang penyokong-penyokong Liverpool ni setia kepada kelabnya hingga ke akhir hayat?

Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi itu semua tidak boleh melawan semangat yang ditunjukkan oleh seorang penyokong setia UiTM FC petang tadi.

Bayangkanlah, Muhammad Afiq Imran, pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi, terus bersemangat menyokong pasukan UiTM FC biarpun cuma dia berseorangan sahaja di tempat duduk penyokong.


Kejadian mengharukan itu dikongsi oleh laman Facebook UiTM FC sebenar tadi.

"Disebalik kemenangan berharga UiTM FC ke atas PDRM FA petang tadi, muncul satu detik bermakna yang mencuri perhatian ramai.

"Seorang penyokong setia, Muhammad Afiq Imran , pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi, cekal berdiri dan menyokong berseorangan di Curva #TheLionsTroops memberikan sokongan sepenuh hati kepada pemain #TheLions.

Bagaimanapun, Afiq tidak bertepuk di sebelah tangan. Segala kerahan sokongannya disambut baik oleh pemain dan juga pengurusan UiTM FC.

"Ironinya, sokongan tersebut dibalas dengan penuh penghargaan dari para pemain dan pengurusan UiTM FC yang turut bersama sama menyanyikan lagu Wawasan Setia Warga UiTM sebaik wisel penamat dibunyikan." tulis kelab itu di Facebook.




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli