Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Idea & Tips Ini Boleh Digunakan Sekiranya Menguruskan Sendiri Ahli Keluarga Yang Terlantar Sakit Di Rumah

No Comment
Foto: techgyd

Menjaga pesakit di rumah yang mana terlantar di katil, atau perlukan perhatian oleh sebab kesukaran untuk menguruskan diri sendiri ada;lah satu tugasan, juga tanggungjawab yang perlu dipikul oleh ahli keluarga.

Ia dilihat bukanlah tugas yang mudah, namun dengan adanya bantuan dari keluarga, pesakit mungkin dapat menangani emosi dengan lebih baik.

Menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Zulkifli Mohamed Sharif, terdapat beberapa perkara yang harus dititikberatkan sekiranya mempunyai ahli keluarga yang perlu dirawat di rumah, dan telah dikongsikan idea yang mungkin boleh digunakan untuk menjaga pesakit.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Foto: foxnews

Hasil dari pengalaman lama merayau rayau berjumpa pesakit STROKE.

Mungkin boleh guna idea ini jika ada ibu bapa atau saudara yang terlantar di rumah sebab sakit.

1. Bilik yang mempunyai pengaliran udara yang baik

Tempatkan di bilik yang paling banyak tingkap. Pada waktu siang jika keadaannya sesuai bukalah tingkap untuk pengudaraan yang baik. Sebaiknya sinaran matahari boleh menerjah masuk kerana ia cara paling natural untuk menyah bau dan mungkin membunuh kuman di udara.

2. Tilam yang selesa

Tilam yang selesa dan tidak semestinya mahal. Pada keadaan tertentu jika mampu boleh beli katil yang kita boleh adjust ketinggian, sandaran lekuk etc, Ade setengahnya menggunakan water bed yang agak mahal juga.

3. Minta pandangan cara penjagaan yang betul

Minta advise dari para medical atau medical personal mengenai alatan jagaan yang sesuai seperti urinal basin, pampers, clean diapers, utensil yang lebih sesuai.

4. Cari ilmu menjaga pesakit terlantar

Minta dia ajar ... know how knowledge ... bagaimana untuk menjaga pesakit yang terlantar ... kerana yang terlantar perlu dibersihkan seperti keadaan kita mandi, perlu dibersihkan najisnya dan sangat penting untuk ditukar pakaianya setiap hari. 

5. Khidmat penjagaan dari rumah

Bed sores adalah masalah yang biasa terjadi dan perlu penjagaan home dressing yang baik dan perlu dipelajari. Yang paling expert boleh ajar anda pastinya seorang jururawat. 

6. Ubat

Ubat-ubat di kemaskan dan diletakkan dalam bekas khas yang mudah dicapai dan diingati dose yang perlu diberikan. 

7. Bawa keluar

Jika tidak terlantar terus dan boleh menggunakan kerusi roda. Pastikan setiap pagi pesakit tersebut didedahkan pada sinaran matahari pagi seperti lazimnya tempoh kita menyidai pakaian, menghirup udara luar.

Foto: washingtonpost

Untuk sukarelawan yang datang ke rumah untuk membantu pesakit terlantar 

1. Jaga adab menziarahi

Sila jaga adab menziarahi pesakit. Menjadi tanggung jawab anda untuk memelihara aurat pesakit. Meminta izin dan beristighfar lah banyak banyak kerana apa yang anda lihat adalah peringatan untuk anda sendiri. Lakukan dalam keadaan diam dan berkata-kata perkara yang baik baik sahaja untuk menjaga hati pesakit yang sedang menderita.

2. Menyantuni pesakit

Sudah habis urusan, di santuni tuan rumah dan ucapkan terima kasih kerana anda di \beri peluang untuk membuat kebaikan pada hari tersebut. Nasihat itu bagus tetapi harus dilihat situasi dan sebaiknya gunalah perkataan yang baik-baik sahaja selayaknya kita sebagai hamba ALLAH di dunia ini.

3. Sebolehnya tidak menolak pemberian

Selayaknya kita jangan menolak pemberian kerana pemberian itu boleh kita gunakan untuk membeli keperluan pesakit yang sama jika kita menziarahi sekali lagi atau kita gunakan untuk orang lain yang memerlukan. Pemberian ini adalah kegembiraan tuan rumah atas kedatangan anda. Jika mahu menolak, tolaklah secara baik.

4. Berdoa

Sebelum meninggalkan rumah, doakan lah keluarga tersebut.

Semoga membantu.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli