Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Bapa Boleh Gunakan Pendekatan Ini Dalam Memberi Jawapan Akan Persoalan Anak Mengenai Tuhan

No Comment
Foto: perspective

Sebagai ibu bapa kita sering menerima pelbagai soalan yang di luar jangkaan, yang mana ada ketikanya kita perlu mencari jawapan yang dapat diterima oleh pemikiran anak-anak, dan mudah difahami.

Ia sedikit sebanyak membuatkan kita untuk sentiasa bersedia, supaya tidak memberi jawapan yang salah terhadap persoalan mereka, yang mana kelak mungkin menyebabkan kekeliruan kepada anak-anak.

Begitu juga dengan hal yang berkaitan dengan kewujudan, atau kekuasaan Allah s.w.t yang mana anak-anak mungkin tidak berapa faham, lagi-lagi mereka yang masih kecil.

Bagaimana pula kita sebagai ibu bapa ingin menerangkan kepada anak-anak, sekiranya mereka berkata seperti ini, “Saya Tuhan, saya nak keluarkan awak”.

Menerusi perkongsian dari Dr Hairin Anisa Tajuddin yang mana berhadapan situasi seperti di atas, penerangan serta jawapan yang diberikan kepada anak-anaknya mungkin boleh dijadikan contoh oleh ibu bapa di luar sana.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Foto: productivemuslim

Saya nak share sikit cara saya menjawab soalan daripada anak saya tentang Tuhan.

2 malam lepas Imran 4 tahun ada berimaginasi & berlakon "Saya tuhan, saya nak keluarkan awak" semasa dia nak keluar daripada kereta. 

Saya yang agak terkejut terus bagi tahu dia yang masih belum faham konsep ketuhanan & keimanan (anak kecil ialah kain putih yg perlu dicorakkan)...

Saya : Imran tak boleh mengaku tuhan tau, berdosa. 

(Imran buat muka tercengang cengang...buat muka pelik.)

Saya tersenyum aje & jawab : adik pandai baca surah Al-Ikhlas kan? Cuba baca boleh...
Then Imran terus baca dengan lancar...Alhamdulillah.

Dia memang dah hafal Surah-surah pendek especially 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Nas). Itupun saya dah cukup bersyukur walaupun tak sama macam anak-anak genius Al-Quran yang hebat-hebat (4 tahun dah hafaz banyak juzuk). 

Tapi saya nak tekankan makna surah tersebut.

Muhammad (7 tahun) tanya saya :
kenapa dengan suruh Imran baca surah tu Ummi?

Tapi dah malam sangat, jadi saya suruh mereka tidur dulu. 

Foto: islamicblog

Pagi ni saya sempat ajak mereka baca tafsir surah Al-Ikhlas. Muhammad yang baca (Imran belum pandai baca).

Ayat ke 3 : Allah tidak beranak & tidak diperanakkan
Ayat ke 4 ; Dan tiada suatu pun yg setara / sama denganNya.


Saya katakan kepada mereka maksud ayat tersebut menjawab soalan mengapa kita tidak boleh kata diri kita tuhan. 

Manusia adalah ciptaan Allah swt. Semua yang ada di dunia ini adalah ciptaan Allah swt samada benda hidup atau benda tak hidup (yang dibuat oleh manusia). 

Allah swt beri akal & mencetuskan idea dalam otak manusia yang cerdik pandai untuk cipta peralatan menggunakan kudrat yang ada ssupaya boleh memakmurkan bumi ini. 

Allah swt jadikan manusia sebagai khalifah di bumi. Maka, setiap benda, adalah ciptaan Allah swt. Kita hanya pengguna sahaja untuk keperluan tertentu. 

Walaupun manusia buat kereta...kita tak boleh mengaku kita Tuhan / Allah sebab atom-atom atau asal besi-besi yang jadi kereta tu dicipta oleh Allah swt. Manusia hanya gunakan besi-besi tu untuk jadikan kepingan besi yang besar untuk jadi kereta.

Macam mana pun kita tetap makhluk Allah swt.

Allah swt tiada nyawa seperti benda hidup, Allah swt tak ada bentuk seperti yang kita nampak, Allah swt tidak perlu makanan macam makhluknya...Allah swt Maha Pencipta ygan tak sama dengan ciptaanNya.

Jika kita nampak bentuk, boleh makan, minum, tidur dan lain-lain, bernyawa & boleh hidup & mati & dilahirkan & diciptakan...maka ia bukan Tuhan pasti bukan Allah swt.

Foto: muslimpopulation

Anak-anak saya buat muka faham tapi macam tak paham. Saya tak puas hati lagi & saya cakap lagi...

Saya ; Ok, katalah Muhammad yg cipta pensil ni...boleh kan? Muhammad angguk. 

Saya ; Boleh ke Muhammad jadi pensil ni?

Muhammad : mana boleh Ummi...

Saya : boleh ke pensel ni jadi Muhammad? 

Muhammad : tak boleh...

Saya : kalau macam tu, boleh ke manusia bertukar bentuk jadi Tuhan?

Muhammad : mestilah tak boleh.

Bezanya pensil ciptaan manusia & manusia tak boleh berikan roh kepada pensil untuk hidup.

Manusia ada roh yang Allah berikan untuk hidup.
Roh diberikan oleh Allah swt kepada semua benda hidup.
Allah swt tak perlu roh kerana Allah swt wujud sebagai Maha Pencipta. Itu IMAN kita. Jika Tuhan perlukan roh...maka ia adalah ciptaan Tuhan seperti manusia...maka manusia bukan Tuhan.

Then, selesai sesi usrah pendek dengan anak-anak pagi ni selepas subuh.

Sebagai ibu, kita sendiri kena tahu bagaimana nak membentuk aqidah dalam hati anak-anak yang masih bersih.

Wassalam

- Siakap Keli




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli