Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hilangkan Ketagihan Terhadap Gajet & Bantu Anak Dengan Perkembangan 'Speech Delay', Wanita Ini Kongsi Cara Yang Dilakukannya

No Comment


Pada masa kini, sudah menjadi kebiasaan buat anak kecil yang mana menjadikan gajet sebagai salah satu ‘alat permainan’ mereka. Ia secara langsung membuatkan mereka lebih fokus kepada gajet tersebut berbanding perkara lain.

Secara perlahan-lahan anak-anak akan mula taksub terhadap gajet, dan ia membuatkan mereka tidak lepas dari melihat skrin gajet tersebut.

Situasi ini bukanlah satu perkara yang baik, ianya harus dibendung sebelum mereka terlebih taksub terhadap gajet, dan melupakan dunia nyata.

Menerusi perkongsian dari seorang ibu, iaitu Puan Fizah Rosli, yang juga merupakan pengusaha Nurza’s Homeopathy, yang mana suatu ketika dahulu anak-anaknya juga ketagih akan gajet, namun, dengan beberapa cara yang dilakukannya, ia sedikit sebanyak dapat menangani ‘ketagihan’ anaknya terhadap gajet.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Fizah nak kongsikan pengalaman fizah dalam usaha menghentikan dan hilangkan ketagihan gadget pada si anak yang suci.

1. Berdoa 

Sebelum kita mulakan, langkah pertama apa-apa pun doa dulu mohon Allah bantu. Sebab buat lah apa cara sekalipun kalau Allah tak bantu memang susah nak menjadi.

2. Jelaskan pada anak-anak

Cari waktu yang anak rileks dan kita pun rileks (bukan masa anak pegang fon atau tengok tv), bagitau dia lepas ni Fahim hanya boleh tengok nset ummi dan walid 10 minit je sehari. 

Ummi dan walid akan letak password sebab takut fahim ter 'call' kawan ummi atau walid. Nanti menganggu (bagilah apa-apa alasan yang logik & simple). TV pulak sehari satu cite je ya. Kita tak boleh tengok tv lama-lama. Nanti otak jadi beku.

Agak2 die faham tak apa yang ummi terangkan ni? Mungkin dia faham tapi pastinya dia tak ingat pun apa yang kita terangkan ni lepas tu. Tak megapa. Ulang dan ulang peraturan dan mulakan langkah.

Fizah ada cuba jugak nak guna taktik tinggalkan bateri sikit pada fon. Tapi pada fizah, sampai masa nanti, anak akan tau bahawa bila bateri habis, solusinya cas balik. 

So dia boleh dapatkan balik fon tu. Dan pada hakikatnya, kerja-kerja bisness ummi 98% memang guna fon ummi dan kalau bateri habis, lambat pulak keje ummi(ummi jenis malas cas hp. Tau gune je)

Jadi, Fizah tak drastik hentikan semua. Tapi agak drastik dalam hadkan masa. Sehari boleh 10 minit je. Tapi ada jugaklah kadang-kadang terlajak sampai 1jam bila mak tersibuk dengan urusan lain. Yelahkan. Dia pun kene slow-slow nak biasakan diri. 

Tapi selepas 4 bulan pemulihan sampai sekarang memang very-very strict. 10 minit je boleh hadap kalau ada benda nak tunjuk kat dia atau kadang-kadang dia nak tengok video dia yang ummi rakam. Dan dia dah tau makna minit-minit kecil tu.


3. Padam video kartun

Delete semua video-video kartun yang menjadi tarikan pada anak. Tapi untuk 1 bulan pertama, kami tinggalkan 2 cerita dalam gallery walid berdurasi 10 minit saja dan padam satu lepas beberapa minggu, dan padam semua bila rasa sesuai. 

So dengan 1 video ni lama-lama dia bosan. Youtube walid pun ummi padam. Walaupun memang sebelum ni Fahim x bukak pun video dari youtube walid tu sebab walid sorok dalam file lain. Tapi ummi khuatir kalau terjumpa.

4. Laksanakan syarat 

Laksanakan syarat yang kita dah sebut depan anak sebelum ni. Tapi kene sentiasa ulang dan ulang peraturan. Dari hari ke hari memang jenuh jugaklah nak layan tantrum dia bila dapat guna fon kejap aje. Tapi ummi kentalkan hati demi masa depan Fahim. 

Lama-lama dia faham yang nset ummi walid boleh guna kejap-kejap je. Dekat 3 bulan lebih kot nak edjust perkara ni pada fahim. Sebab matlamat ummi nak dia faham gadget bukan mainan utama dia waktu kecil ni.


5. Beri mainan lain

Kami sediakan untuk dia mainan-mainan yang boleh buat dia leka macam kiub,block, dan lego magnet, main kaler, messy play dan macam-macam lagi. Alhamdulillah memang dia leka main tu. Dan kita jugak memang kene korban masa juga untuk main sama-sama dengan anak-anak. Melalui masa-masa bermain dan beraktiviti juga sekali gus fizah buat theraphy sendiri pada fahim.

Tapi dalam masa ni tv masih lagi tak dapat kawal. Dia tak dapat nset, dia nak tv. Dah puas-puas main alat mainan, main air kat singki, beraktiviti semua, so memang bagi je bukak video yang walid dah set kat tv. Channel ceria memang sangat-sangat ketat ummi kawal. Memang tak bagi tengok. Masa tu tengah hot dengan ceria pop star. Ummi tak berapa minat nak expose anak dengan semua tu. hee

Kenapa tv ummi longgarkan syaratnya?

Memang main tarik tali dengan tv ni dulu. Sebab masa Fahim tengok tv, dia jenis tak duduk diam. Dia akan ligat main lompat sana sini, main alat mainan melukis depan tv dan lain-lainlah. Dan therapist yang kami rujuk dulu kata tv ok lagi banding gadget sebab gadget ni seluruh jiwa raga terutamanya bahagian kepala(otak) hanya akan tumpu pada gadget depan mata. So otak tak berkembang. Makin kecut ada lah (kecut ni monolog ummi).


6. Terangkan pada orang sekeliling akan tindakan kita

Terangkan pada orang sekeliling tindakan kita tu. Kalau macam kami, balik kampung masa tu lepas sebulan pemulihan tu berjalan. So dalam perjalanan balik kampung tu mesej siap-siap dalam group family, mintak tolong sangat-sangat jangan bagi atau hulur handset pada Fahim walau die nangis tertonggeng pun JANGAN BAGI. 

Dan ummi sendiri dah tolong setkan password kat fon maktok tok ayah dan delete siap-siap apps youtube dari fon mereka (maktok tok ayah x guna pun benda-benda ni, yang guna ayah ucu die. nanti pandailah die carik balik). 

So kalau die dapat sendiri fon mak tok atau tok ayah dia akan mintak orang bukak kan. So orang lain akan cakap tanya ummi dulu dan kalau dapat pun, dalam tu xde apa-apa yang menarik.

Alhamdulillah. Semua bagi kerjasama. so kat kampung pun dia dah terbiasa xde peluang dapat handset walaupun fon mak tok n tok ayah.

Alhamdulillah sekarang Abdullah Fahim dah 5 Tahun. Banyak sangat improvment pada diri dia terutamanya dari segi bahasa (he was speech delay). Rasa syukur sangat-sangat ummi walid sempat tersedar awal tentang kelewatan perkembangan pada Abdullah Fahim dan hal-hal gadget ni. Kalau tak, syok sendirilah tengok anak duduk diam baik tak melompat-melompat fokus depan screen 'berhantu' tu.

Dan sampai sekarang ummi masih sedaya upaya cover apa-apa bantuan rangsangan yang sepatutnya Abdullah Fahim dapat dulu tapi tak dapat. Ummi pulun je buat semua ni walaupun ada jugak yang kata ' alah nanti budak tu besar pandailah die'.

Wallahu a'lam

- Siakap Keli

BACA: Ketahui Terlebih Dahulu Garis Panduan Ini Dalam Memberikan Gajet Kepada Anak-Anak, Agar Ianya Bersesuaian Dengan Peringkat Umur Mereka
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli