Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hasrat Pulang Untuk Berjumpa Anak Tidak Kesampaian, Doktor Maut Terlibat Kemalangan Selepas Letih Kerja "On Call" 33 Jam


Kerana terlalu letih dengan kerja selama 33 jam, seorang doktor dilaporkan telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya ketika pulang dari tempat kerjanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) ke Kuala Terengganu untuk berjumpa tiga cahaya mata dan suaminya, lapor Sinar Harian.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang 9 Mei lalu di mana mangsa yang dikenali sebagai Dr Nurul Huda Ahmad dikatakan baru selesai on call selama 33 jam bermula 8 Mei di mana beliau tidak cukup tidur dan rehat.

Dr Nurul Huda dikatakan telah cuba untuk memanfaatkan cutinya dengan pulang ke Kuala Terengganu untuk berjumpa dengan anak-anak dan suami, namun nasib tidak menyebelahinya.




Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pegawai perubatan dan badan bukan kerajaan (NGO) menegaskan, kemalangan maut yang membabitkan doktor yang bertugas dalam tempoh waktu yang panjang bukanlah sesuatu yang jarang berlaku.

Kemalangan ini antara siri kemalangan maut yang melibatkan pegawai perubatan yang memandu pulang sejurus tamatnya on call selama 33 jam.

“Sebelum ini kami telah kehilangan rakan sekerja, Dr Afifah Mohd Gazi, jadi sudah tiba masanya tindakan serius di ambil bagi mengelakkan kehilangan nyawa lain menjadi taruhan.

“Berhubung kemalangan kenderaan bermotor, kita menyedari bahawa banyak faktor penyumbang. Antaranya isu kenderaan, keadaan jalan yang teruk dan gangguan lain. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menolak hakikat bahawa keletihan atau kurang tidur juga adalah salah satu faktor yang dikenal pasti dan boleh dicegah,” kata kenyataan itu.

Berikutan kes itu, pegawai perubatan dan NGO sepakat menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkepentingan agar meneliti dan mengubah polisi waktu bekerja doktor.

Gesaan ini dibuat agar dapat mengurangkan kadar kemalangan kenderaan di kalangan pegawai perubatan.

Pada tahun 2015, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imam) dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) menerbitkan kajian di kalangan pegawai kesihatan profesional mengenai post-call MVAS.

Kaji selidik dijalankan terhadap 440 responden selama 18 jam mendedahkan bahawa lebih separuh daripada kemalangan (54.8 peratus) berlaku selepas bekerja selama 25 hingga 36 jam, di samping itu, 64.8 peratus daripada responden mengakui mengalami trauma psikologi berikutan kemalangan itu.

“Selepas bertugas wajib on call selama 24 jam. Kebanyakan pegawai perubatan perlu melanjutkan khidmat mereka antara empat hingga 10 jam. Tekanan kerja digabungkan dengan kekurangan tidur mengundang kepada keletihan.

“Faktor kekurangan tidur dikenal pasti sebagai faktor utama kepada MVA setanding dengan keadaan mabuk yang disebabkan oleh alkohol,” ujarnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli