Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Harga Minyak Mentah Dunia Jatuh, Berikut Adalah Harga Semasa Minyak RON95, RON97 Dan Diesel Pada Minggu Ini


Nampaknya rakyat Malaysia menerima berita baik lagi minggu ini (11-17 Mei) apabila dilaporkan harga minyak petrol RON95, RON 97 dan Diesel telah mengalami penurunan buat tiga minggu berturut-turut, lapor Sin Chew Daily.

Berkuatkuasa tengah malam ini, harga runcit petrol RON 95 dan RON97 akan turun sebanyak 10 sen seliter iaitu pada paras RM2.01 dan RM2.29 seliter.

Untuk minyak diesel pula, harganya turut turun sebanyak enam sen iaitu ke paras RM2.02 seliter.

Penurunan harga ini adalah berdasarkan trend harga minyak mentah dunia yang jatuh teruk beberapa hari lalu selain harga bahan api di negara kita kini menggunakan sistem harga siling mingguan.

Harga minyak petrol dan diesel semasa akan kekal selama seminggu iaitu sehingga 17 Mei 2017 ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli