Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guru Meninggal Dunia Selepas Selesai Persembahan Sempena Hari Guru di Sekolah

Foto: NST

Pasir Mas - Suasana sambutan hari guru di Sekolah Kebangsaan Othman Talib Satu di sini bertukar pilu apabila seorang guru, Nai Zura Mahamad, 43, tiba-tiba rebah dan meninggal dunia.

Sinar Online melaporkan, guru Bahasa Melayu itu difahamkan mengalami sesak nafas selepas mengadakan persembahan dikir barat sempena sambutan terbabit.

Menurut salah seorang guru, Othman Mat Zain,52, berkata, arwah langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap malah sangat ceria sepanjang sambutan itu.

"Sebaik sahaja selesai mengadakan persembahan, arwah turun dari pentas dan duduk di kerusi kerana mengalami sesak nafas.

"Tiba-tiba arwah rebah dan sempat dipangku oleh guru-guru lain yang ada berdekatan.

"Kami bawa arwah ke bilik rawatan sekolah dan sempat mendapat rawatan daripada penolong pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Tendong," katanya.

Menurutnya, Nai Zura menghembuskan nafasnya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli