Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

“Dari Kecil Saya Tengok Ayah Saya Takkan Makan Jika Mak Saya Tiada Bersama. Mak Masak. Ayah Akan Teman Mak Masak”, Kisah Hidup Mereka Buat Semua Anak-Anak Nak Kahwin Awal

No Comment

Sesunggunya seorang ibu, atau seorang isteri adalah peneman setia suami. Mereka tetap akan bersama, dikala susah atau senang. Menyiapkan keperluan buat suami, yang mana menjadi keutamaan mereka, barulah diri sendiri.

Kisah yang diceritakan oleh pendakwah ini, iaitu saudara Ustaz Ebit Lew mengenai kasih sayang seorang ibu, juga nasihat yang menjadi pedoman dalam menjadi insan, juga suami yang baik buat isteri.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Gambar Hiasan, Foto: aboutIslam

Masuk bilik ayah saya. Tengok ayah sedang solat. Lepas solat ayah menangis. Saya terus peluk dan cium-cium ayah macam anak saya cium saya.. Teringat masa anak-anak cium saya. Hati ini rasa seronok sangat...dah lama tak balik kampung. Mesti ayah rindu pelukan anak-anak...maafkan ebit ayah..maafkan anak ayah ni..sayu tengok ayah umur dekat 80 tahun dah..

Bapak sihat? Bapak ok ker...dulu bapak pendiam. Sekarang dia jadi macam mak. Dia berbual dengan anak macam mak...

Jawab ayah saya. Bapak rindu mak. Hari-hari ingat mak. Hari-hari rasa bercakap-cakap dengan mak dalam mimpi. Macam hari-hari masa mak hidup. Tak berhenti mak cakap-cakap dengan bapak...dia terus menangis..

Saya kata bapak ingat tak masa kita mandikan mak. Mak senyum lebar. Abang saya kata, ya Allah ebit mak senyum...mak senyum...mak senyum...

Yer mak. Yer mak..mak senyum lebar masa ambil wuduk untuk mak. Saya menangis. Terus datang dalam hati ya Allah. Inilah pejuang sebenar. Seluruh hidupnya menjadi hamba Allah. Sentiasa bahagiakan hati suami. Menjadi bidadari buat ayah saya. Diredhai oleh suami. Sentiasa membangunkan anak-anak dengan kasih sayang. Tidak pernah berehat dalam hidupnya. 

Saya yakin Allah sayang dan beri semua ini asbab doa wanita ini..itulah ibu saya. Dia segalanya untuk saya. Begitulah ibu kita masing-masing. Dia bukan permaisuri mana-mana kerajaan. Tetapi doanya buat anaknya lebih makbul dari doa mana-mana wali Allah..dialah permaisuri di hati suami. Di hati anak-anaknya..

Dari kecil saya tengok ayah saya takkan makan jika mak saya tiada bersama. Mak masak. Ayah akan teman mak masak. Tolong mak masak. Mengacau mak masak. Walau umur semakin meningkat. Bila mak siram bunga. Ayah akan datang tolong betulkan pasu. Sama-sama sambil berbual-bual tak pernah berhenti.

Sentiasa berdua ke mana-mana. Tak pernah tengok mereka bergaduh-gaduh. Mak akan teman ayah sampai depan pintu kereta. Siapkan bekal. Siapkan air. Semua mereka buat berdua dan bersama. Sampai kami anak-anak semua tak sabar nak kahwin. Semua kahwin awal. Hehe...gangguan emosi yang baik...umur sebelum 24 semua dah kahwin..syukur Allah maha baik..

Bidadari saya selalu menangis tengah malam. Bila saya tanya kenapa. Dia rindukan mak saya. Dia tengah tengok gambar mak saya. Sebab mak layan menantu macam anak sendiri. Hari-hari pesan pada anak-anak bagaimana melayan mak ayah mertua. Pesan walau anak lelaki bagaimana melayan isteri. Sayangi isteri. Mak saya pantang kalau tengok menantu perempuannya menangis. Mak akan kata jaga hati isteri baik-baik. Sebab mereka amanah Allah. 

Sayang mak tak. Kalau sayang mak jaga isteri baik-baik...jaga mak ayah mertua baik-baik..itulah pesanan mak...paling pantang jika ada anak-anak merendahkan isteri atau mak ayah mertua. Syukur di sebabkan itu Allah hadiahkan juga buat ibubapa saya besan yang sangat baik. Kami semua syukur diberikan mak ayah mertua yang juga pesan yang sama pada anak-anaknya.

Hari ini ramai orang kasar dengan isteri. Buat isteri macam khadam. Macam orang gaji. Kasar dengan keluarga. Anak-anak boleh terima jika kurang dunia. Rumah biasa. Kenderaan sempit. Takde pakaian macam orang lain. Itu mengajar mereka matang dan berdikari. 

Tetapi anak-anak tak boleh terima jika ayah dan mak mereka bergaduh depan mereka. Ada yang rumah macam lorong gelap. Kongsi gelap. Maki hamun. Sumpah seranah. Baling barang. Pukul-pukul. Ada suami yang tak pernah senyum di rumah. Beri salam pun tak nak. Tiada ucapan sayang, rindu, tolong, terima kaseh, doakan..ada tak sudi langsung pandang isteri. Tak sudi pandang anak-anak.

Dulu menangis doa nak kahwin. Menangis nak anak. Dah dapat berkasar dengan keluarga. Tak hargai keluarga. Kenapa kena berkasar? Kenapa sombong sangat dalam rumah? Kenapa tiada kasih sayang? Kenapa?

Jawapan sebab tiada cinta dan kasih sayang. Kerana kita kurang ingat Allah. Kita lupa kita cuma hamba. Dia tuhan. Dialah Allah. Kalimah belum masuk dalam hati. Belum meresap ke urat darah dan sanubari. 

Segala galanya adalah kepunyaan Allah. Isteri saya? Suami saya? Tak...sebenarnya Allah punya. Anak saya? Bukan...Allah punya. Belajarlah menghargai. Itulah syukur. Itulah hati seorang hamba. Tiada yang lebih bersyukur melebihi manusia paling mulia yakni Rasulullah saw. -ebit lew

- Siakap Keli

BACA: Isteri Ni Setiap Perkataan Mereka Ada Maksud Apabila Berbual Dengan Kita, Suami Kena Pandai, Ambil Masa, Cuba Tafsir Apa Yang Diperkatakan Mereka
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli