Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bukan Semua Sakit Boleh Diurut - Pakar Ortopedik


Memang diakui bahawa urutan tradisonal merupakan satu medium perubatan yang agak berkesan yang telah kita amalkan sejak dahulu lagi.

Namun, bukan semua sakit boleh diselesaikan dengan mengurut, adalah lebih baik rujuk kepada pihak hospital terlebih dahulu jika kemalangan untuk memastikan tahap kecederaan seseorang sebelum ke tempat berurut kerana tahap kecederaan boleh dikenalpasti terlebih dahulu.

Dikongsikan oleh Dr Mahyuddin Mohamed, pakar Ortopedik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah(HOSHAS) kisah yang terjadi kepada pesakitnya di mana sorang pesakit yang telah terlibat dalam kemalangan telah menggunakan khidmat urutan tradisional tanpa mengetahui apa kecederaan yang dihadapinya.

Kerana tindakannya itu, dihampir kehilangan kakinya di mana lukanya telah merebak selepas dijangkiti kuman.

Jom kita baca.

Bukan semua penyakit boleh diurut

Seorang lelaki India berusia awal 20-an dimasukkan ke wad saya 2 minggu yang lalu dengan kesakitan yang amat sangat pada betis kiri beliau. Saya yang Oncall pada hari tersebut terus datang ke wad bagi melihat beliau kerana diberitahu kemungkinan beliau mengalami Necrotising Fasciitis.

Necrotising fasciitis ialah sejenis jangkitan kuman yang amat serius dan boleh membawa maut. Ia biasanya disebabkan oleh kuman Staphylococcus aureus, gram positive Cocci dan Clostridium species.

"Encik Siva (bukan nama sebenar), apa kabar? Apa jadi ni?" kataku sambil tersenyum ke arah lelaki yang sedang terbaring di kubikel sub-akut Wad Kenanga 5, HOSHAS.

"Lepas tu ada kawan saya suruh pergi berubat kampung. Ada orang bagitau saya, ada tukang urut terer kat Jerantut. Saya pergi la. Takut la jugak kan sebab saya eksiden tu pukul 12 malam, pastu dekat dengan kubur pulak tu..."

Tergelak saya. Encik Siva pun tergelak sama. Geli hati.

"Encik Siva, saya ingatkan orang Melayu je percaya benda karut-marut macam tu. Orang India pun percaya yer?"

"Manalah tau doktor, takut la... Ada kawan Melayu saya suruh saya pergi berurut."

"Tisu dalam kaki awak ni sebenarnya ada yang dah mati dan dah dapat jangkitan kuman. Biasanya akan ada kecederaan tisu otot masa hentakan masa eksiden tu. Jika diurut, kecederaan dalaman pada kaki tu boleh merebak dan tisu boleh mati. Jangkitan kuman pun boleh melarat."

"Kenapa terjadi jangkitan kuman ni doktor?"

"Masa kemalangan biasa ada luka pada kulit. Luka ni ada masanya terlalu kecik untuk dilihat dengan mata kasar dan boleh jadi laluan untuk kuman masuk."

"Jadi sekarang macamana doktor?"

"Sekarang Encik Siva kena puasa dulu. Antibiotik kita dah bagi yang kuat sebab jangkitan ni agak serius. Kita terpaksa buat pembedahan untuk buang tisu yang mati. Kita buat secepat mungkin. Masalahnya, ada kes yang datang lambat hingga kuman dah masuk dalam peredaran darah dan rosakkan fungsi buah pinggang dan lemahkan jantung. Akhirnya kami terpaksa potong kaki untuk selamatnya nyawa pesakit."

"Ye doktor, saya terus ke hospital Jerantut lepas mengurut tu, sebab sakit sangat. Berdenyut-denyut betis saya ni. Terus doktor rujuk saya ke HOSHAS."

Masyarakat kita terlalu percayakan berurut, jatuh sikit, berurut.
Patah, berurut.
Pening kepala, berurut.
Angin pasang, berurut.
Sakit perut, berurut.
Anak songsang, berurut.
Longgar, urut.
Lembik, urut.

Sudah-sudah la terlalu percayakan tukang urut tu. Mereka tidak akan bertanggungjawab jika kepatahan anda senget, jangkitan kuman berlaku, anak anda meninggal dalam perut dan sebagainya.

Nak tengok keadaan tulang patah yang mereka urut pun anda disuruh ke hospital untuk xray. Kalau dah dikatakan Pakar urut, tak payah la ke hospital. Kan, Pakar!

Nota: anda boleh baca artikel saya untuk tahu lebih lanjut mengenai Necrotising fasciitis di Kuman Pemakan Daging Manusia.

#DrMahyuddin
Pakar Ortopedik
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli