Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buat Ibu Bapa Yang Menjadi Penjaga Anak Istimewa/OKU, 10 Nasihat Ini Boleh Dijadikan Rujukan Dalam Membesarkan Mereka

No Comment

Mempunyai cahaya mata adalah satu anugerah yang tidak ternilai buat ibu bapa. Anak yang bakal mewarisi keturunan, dan menjadi seorang insan yang mampu berkhidmat untuk agama, juga ibu bapa, negar, serta masyarakat.

Namun begitu, jika kita telah ditakdirkan untuk menji insan terpilih, yang mana mempunyai zuriat anak istimewa, atau orang kelainan upaya (OKU), ia sudah pasti memberi impak yang mendalam buat ibu bapa.

Tetapi, tanggungjawab yang diberikan ini, bukanlah satu ujian yang sia-sia. Menurut saudara Zaini Abas, yang juga merupakan seorang aktivis dakwah OKU. Terdapat beberapa nasihat yang dikongsikannya buat ibu bapa di luar sana.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


10 NASIHAT BAGI IBU BAPA PENJAGA ANAK ISTIMEWA / OKU

1 - Kita wajib yakin bahawa anak itu bukan "defect creation" oleh Pencipta nya

Allah tidak pernah menciptakan sesuatu yang sia-sia

2 - Memohon pertolongan Allah mesti lebih dari mengharap pertolongan makhlukNya 

Bukan maksudnya tidak perlu cari doktor, juruterapi, guru pendidikan khas dan sebagainya tetapi cari Allah dahulu. Jangan sesekali salahkan DIA. 

Usahakan untuk berdamping dengan kumpulan sokongan yang positif bukan untuk sekadar mengadu tapi belajar dari mereka yang terdahulu

3 - Berhenti juga untuk menyalahkan pasangan, keturunan nya atau orang keliling 

Datangkan rasa syukur dalam diri. Stay positive, walaupun ada yang akan mengatakan anak itu hadir kerana kifarah dosa lampau kita. Masa untuk anda memilih orang keliling yang lebih positif...

4 - Perlu tahu bahawa anak kita masih lagi ada deria kerana roh nya masih bersama jasad 

Kita bukan hanya bertanggungjawab menjaga jasad anak sahaja. Oleh itu, fokuskan cara pengajaran dengan menggunakan deria yang anak masih ada atau masih berfungsi. 

Disamping itu usahakan juga untuk rangsangkan deria yang memerlukan. Kerja kita bukan memperbaiki ciptaan/ anugerah Nya, tapi mendidik khalifah ini

5 - Kita perlu ada ilmu untuk memahami dan mendidik mereka 

Ini kerana mereka diberikan kelebihan yang berbeza berbanding kita dan anak yang lain. Ingat! Allah Maha Adil. Tidak mungkin sesuatu makhluk itu tiada fungsi dalam kehidupan ini


6 - Ajarkan mereka kalimah Allah

Sedangkan insan yang di hujung nyawa pun kita ajarkan mereka kalimah Allah, kenapa tidak untuk mereka yang mungkin Hyper, hanya boleh kelip mata & angguk kepala dan lain-lain lagi

7 - Mereka (anak istimewa) ini mungkin tidak dikurniakan kemahiran berfikir, namun mereka masih mampu berzikir

Ajarkan mereka. Jangan fokuskan dengan keputusan/ pencapaian tentang apa yang kita dapat jika kita berbuat sesuatu, tapi fokuskan apa usaha kita yang telah kita rancang dan laksanakan.

8 - Sekiranya mereka dikatakan 'tiket syurga', pastikan tiket kita itu boleh digunakan dan 'laku' di akhirat nanti 

Semasa didunia ini kita boleh lihat berapa ramai orang tertinggal penerbangan walaupun mereka ada tiket, orang yang ada tiket bas tapi tidak dapat balik kampung & pelbagai lagi. 

Maksudnya BUKAN SEMUA TIKET yang kita ada, boleh memberi kita sesuatu manfaat. Jangan sesekali kita terlepas tiket ke syurga

9 - Antara fungsi mereka di dunia ini adalah mendoakan kita, ajar kan mereka. Semoga permintaan mereka pada Allah tiada hijab nya

10 - Jangan hanya fokuskan pendidikan vokasional, kemahiran dan akademik sahaja tapi kita meninggalkan pendidikan al-Quran

Seolah-olah kita kerjakan perihal fardhu kifayah dan meninggalkan yang fardhu ain. al-Quran bukan alternatif, bukan komplementari. 

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli