Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Boleh Sahaja Teruskan Berpuasa Sekiranya Sakit Gigi & Menerima Rawatan Pergigian, Dengan Syarat Masih Ikut Apa Yang Dikongsikan Doktor Gigi

One Comment
Foto: teraswarta

Jika sebelum ini, kita seronok sahaja makan semua jenis makanan, tidak kira sama ada manis, masam, pedas, dan selepas itu, kalau rajin akan menggosok gigi dengan betul-betul, jika tidak, hanya berkumuh sahaja.

Mungkin kita berfikir, kalau hari biasa, boleh berjumpa doktor, dan dapatkan rawatan, lepas itu, boleh makan ubat yang diberi, kerana tidak perlu risau apa-apa.

Tetapi, bagaimana pula sekiranya kita sakit gigi di waktu berpuasa? Bolehkah berbuka puasa hanya sebab untuk mendapatkan rawatan, dan makan ubat selepas itu?

Menerusi perkongsian dari seorang doktor gigi, iaitu Dr Iqbal Rosali, sebenarnya kita masih lagi boleh teruskan untuk berpuasa, dengan syarat ikut apa yang telah dikongsikan olehnya ini.

Mari kita baca, dan fahamkan apa yang telah dikongsikan ini.

Foto: galena

Apa yang perlu dilakukan jika sakit gigi semasa berpuasa?

1. Pertamanya, jangan sesekali menggunakan alasan sakit gigi untuk tidak berpuasa. Jika sebelum-sebelum ini, anda tidak menggunakan kawasan yang sakit untuk mengunyah dan mengurangkan kapasiti makanan, kenapa tiba-tiba semasa berpuasa, anda hendak makan lagi ketika sakit gigi?

2. Dapatkan rawatan di klinik gigi. Mendapatkan rawatan pergigian juga bukan alasan untuk tidak berpuasa. Seringkali pesakit datang ke klinik gigi dengan keadaan sudah tidak berpuasa.

Sudah makan sebelum datang. Katanya buat bekalan tenaga untuk mencabut gigi. Yang perlukan tenaga untuk mencabut gigi ini doktor, bukan pesakit. Doktor pun berpuasa, tahu?

3. Sebab itulah kita dah cakap dapatkan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan. Periksa mana gigi rosak. Periksa mana gigi perlukan rawatan. Bila dah sakit gigi masa bulan puasa, mulalah cari hadis itu hadis ini, rukhsah itu rukhsah ini untuk mudahkan dia tak berpuasa.

4. Jika gigi anda yang sakit itu perlu dicabut, proses tersebut tetap tidak membatalkan puasa. Bius yang dicucuk di dalam mulut dan pendarahan yang berlaku tidak sesekali membatalkan puasa. Dengan syarat cecair bius dan darah tidak ditelan.

5. Sebab itu kita memang akan minta pesakit untuk meludah atau 'membuang pahit' ubat bius sebelum mencabut gigi. Begitu juga dengan pendarahan. Kita akan bekalkan kapas - nasihatkan untuk menggigit kapas tersebut pada kawasan cabutan dan menggantikan dengan kapas yang baru setiap 30 minit.

6. Sekiranya gigi sudah dicabut, dan ada dibekalkan dengan ubat penahan sakit, arahan yang diberi pada ubat adalah untuk dimakan hanya apabila benar-benar sakit. 

Jika boleh tahan, tahanlah sedikit. Kita memang akan nasihatkan pesakit untuk tidak melakukan kerja-kerja berat, dan selalunya akan mendapat MC untuk satu hari.

7. Malah jika anda dibekalkan dengan ubat antibiotik 3x sehari atau 2x sehari, ia tetap bukan alasan untuk tidak berpuasa. 

Boleh sahaja ubatan tersebut dimakan selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur (untuk 3x sehari) atau selepas berbuka dan sahur (untuk 2x sehari).

8. Islam agama yang mudah. Memanglah puasa boleh diganti. Tetapi bukanlah sesuka hati untuk dibatalkan. Jika gigi terlalu sakit, dan anda perlukan ubat penahan sakit, maka batalkanlah puasa, kemudian berehatlah. Bukan makan di khalayak ramai sambil mendabik dada aku ada alasan tidak berpuasa.

Semoga bermanfaat.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. BAGI YANG INGIN MERUBAH NASIB
    ATAU MENJADIKAN HIDUP LEBIH BERMAKNA
    BURUAN GABUNG DI #DEWA-LOTTO

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli