Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bersama Keluarga & Anak-Anak Atau Habiskan Kerja Di Pejabat, Mana Lagi Penting? Perkongsian Ini Sedikit Sebanyak Buat Kita ‘Buka Mata’

No Comment
Foto: sbs

Benarlah orang kata, makin besar jawatan, semakin banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Ianya membuatkan kita untuk berada lebih lama di pejabat, demi menyiapkan tugasan, atau kertas kerja yang mana secara tidak langsung menyebabkan kita pulang lewat ke rumah.

Situasi sebegini mungkin berbeza mengikut individu. Bagi yang tidak berada di tempat sebegini, mungkin akan beranggapan kita lebih mementingkan tugasan kerja, dari anak-anak, tapi wajarkah kita meninggalkan tugasan tersebut untuk pulang awal?

Menerusi perkongsian dari seorang lelaki ini, iaitu saudara Faiz Pire, yang memberi penjelasan akan situasi ini, ia dilihat sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai verminan buat diri, agar menjadi seorang yang berbakti buat keluarga, dan majikan pada masa yang sama.

Mari kita baca penulisan darinya.

Foto: iansyst

Salah

Lama tak menulis panjang sebab sibuk kejar deadline. Lepas satu, satu. Hari ni baru free sikit sebab semua dah settle. Alhamdulillah.

Hari guru haritu masa lunch, aku lari kejap jemput Qaid balik sekolah. Sebab dah janji dengan dia. Tak sempat pun kena sempatkan jugak la.

Tapi syukur. Terasa ini pun satu nikmat. Puas hati sebab dapat tunggu anak kat gate sekolah. Sebab jarang dapat jemput sendiri.

Sebab tu bila tengok orang lain pukul 6.30pm dah ada di rumah dengan anak-anak, jeles jugak sebenarnya. Kita ni kadang-kadang Isya’ pun kat office lagi.

Dulu masa awal-awal kerja, aku pandang sinis bila tengok orang balik kerja lambat. Pada aku, kita ada hak kan untuk balik on time? Kenapa nak stay kat office? Macam kebanyakan orang, aku pun rasa ‘Family first’ equal to ‘Cukup je waktu pejabat, kena terus balik.’

Fast forward (7? 8? tahun kemudian), aku mula perasan pandangan aku dah mula berubah. Sedikit demi sedikit, aku nampak betapa salahnya pandangan aku dulu.

Sekarang, makin lama bekerja, makin bertambah tanggungjawab, baru aku faham-- bukan semua yang balik lambat tu tak sayang family. Tak sedikit pun berkurang sayangnya kalau nak dibanding dengan yang balik awal dengan alasan ‘Family first’ tadi.

Betul, tanggungjawab yang paling besar kita adalah pada keluarga. Tapi tanggungjawab kita di pejabat bagaimana? Sudah betul-betul disempurnakan?

Bayangkan kalau semua orang fikir-- cukup je masa, aku dah tak peduli pasal kerja aku. Langsung tak nak bagi lebih. Disuruh buat lebih sedikit pun kita berkira.

Foto: themuse

Tengah sedap bagi kuliah, ustaz ustazah menonong balik sebab, ‘family aku lagi penting’. Tengah operate jantung tokwan kita, doktor keluar cakap dia sambung esok sebab, ‘family aku lagi penting’. Apa kita nak kata kalau cikgu-cikgu tak nak volunteer buat kelas tambahan untuk anak kita sebab, ‘family aku lagi penting’?

Apa perasaan kita bila kena kat batang hidung sendiri?

Betul, anak-anak ada hak ke atas kita.

Tapi jangan lupa majikan juga punya hak ke atas kita. Dan menjadi tanggungjawab kita juga untuk sempurnakan amanah yang kita dapat. Malah, rezeki yang kita bawa pulang beri pada anak itu pun datang (dari Allah) melalui majikan kita. Kalau kita mengurangkan hak majikan, apa cerita soal keberkatan rezeki kita?

Post ni bukan untuk dituju pada siapa-siapa. Macam aku cakap tadi, bila aku dah ada dalam situasi tu baru aku sedar pandangan awal aku salah sebenarnya. Sebab aku pun pernah macam tu. Langsung tak bagi chance. Kalau boleh balik, terus balik. Langsung tak ada semangat untuk itqan, memperelokkan hasil kerja. Sedangkan itu juga satu sunnah.

Foto: juicingforhealth

Dan sebenarnya bila kita bermuhasabah, kita sendiri boleh jawab dengan jujur-- kita balik tu sebab benar-benar nak berkhidmat untuk keluarga, atau sebenarnya hanya satu alasan dan escapism daripada tanggungjawab di pejabat?

Disebabkan ‘family first’ kita itu, kita tinggalkan tanggungjawab kita yang tak kurang penting di sisi Allah. Lagi teruk, kalau orang lain pula terpaksa pikulkan apa yang kita tinggal. Kita sedar atau tidak sebenarnya kita dah zalim pada orang?

Conclusionnya, aku salah sebab dulu aku pandang orang yang balik kerja lambat ni tak pentingkan family. Walhal yang aku tak tahu, mungkin yang balik lambat itu lebih banyak memberi manfaat kepada ummah dan lebih berkat rezekinya.

Jangan sibuk sangat menuntut ‘hak’ kita di sini, takut-takut tak terjawab bila lebih ramai yang menuntut hak mereka di sana nanti.

Dan syukur. Syukur dengan apa yang kita ada. Macamana pun keadaan kita, sentiasa ada ruang untuk kita bersyukur. Mungkin ada nikmat yang kita rasakan kecil, dan langsung tidak kita hiraukan. Tapi tanyalah pada mereka yang jarang-jarang/tak merasa nikmat yang sama. Adakah nikmat kita itu kecil pada mereka?

Sabda nabi s.a.w., Siapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, pasti takkan mampu bersyukur dengan yang banyak.

- Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli