Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Amalkan 6 Tips Ini Untuk Buang Sikap Cepat Menghukum & Buruk Sangka Dalam Diri, Takut Nanti Jadi Benih Kepada Penyakit Masyarakat

No Comment
Foto: psypost

Setiap orang mempunyai cara yang berbeza. Bila dilihat secara luaran sahaja, tanpa menilai secara keseluruhan, kita pasti akan menghukum seseorang itu secara ‘general’ sahaja.

Kita pasti pernah mendengar akan ayat ini, ‘don’t judge a book by its cover’, yang mana membawa maksud, kita tidak seharusnya menilai seseorang itu dari segi luaran semata-mata, tetapi kenali, dan cuba untuk mendekatkan diri terlebih dahulu.

Sifat cepat menghukum dan bersangka buruk tidak seharusnya ada dalam diri kita, dan ianya perlu dibuang sama sekali.

Menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Rushdan Noor, sebenarnya terdapat beberapa cara yang boleh kita amalkan, agar kita menjadi insan yang tidak cepat menghukun, dan buruk sangka.

Mari kita baca perkongsian darinya.

Foto: linkedin

CEPAT MENGHUKUM DAN BURUK SANGKA: BAGAIMANA MEMBUANGNYA DARI DIRI KITA

Sikap cepat menghukum (prejudge) dan buruk sangka (su’udzon) sedang menyerang semua peringkat masyarakat kita tidak kira kedudukan dan pangkat. Kalau sikap ini dapat dibuang, masyarakat kita akan aman.

Pakar Psikologi berpendapat sikap ini boleh wujud semenjak kecil dan boleh diturunkan kepada anak-anak melalui proses sosialisasi, lebih parah lagi jika di dalam masyarakat itu sudah wujud persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad samada dalam aspek politik, sosial dan ekonomi. 

Prasangka adalah benih kepada penyakit masyarakat termasuk perpecahan dan perkauman. 

Mari kita sama-sama cuba amalkan 6 tip di bawah:

1. Dekati dan kenali dengan lebih dekat

Cuba dekati orang berkenaan dan mengenalinya dengan lebih dekat. Letakkan diri kita di kedudukan beliau. Apabila kita mengenali seseorang dengan lebih dekat, kita akan faham mengenai tabiat dan sikap sebenar yang ada pada dirinya.

2. Melihat seseorang dari sudut positif

Melihat seseorang daripada sudut POSITIF dan bukan negatif. Pendek kata, kita berbaik sangka dgn orang berkenaan. Setiap orang mempunyai latarbelakang dan perjalanan hidup yang berbeza, jadi kita tidak boleh menghukum orang lain berdasarkan kepada latarbelakang, kepercayaan dan perjalanan hidup kita. 

Contohnya kita sedang melihat seorang wanita yang berhijab dan pada waktu yang sama melakukan perkara haram. Di dalam fikiran kita, kita hanya nampak sikap negatifnya dan memperlekehkannya dengan berkata “apalah dia berhijab tapi melakukan perkara haram”. 

Sedangkan mungkin pada saat tersebut dia baru sahaja memulakan langkah berhijrah dengan berhijab tetapi masih cuba berusaha membuang tabiat buruk yang lain. Kita hanya bertemu dengannya pada satu titik masa dan kita tidak tahu perjalanan serta ranjau hidup yang telah beliau lalui.

3. Nilai diri sendiri terlebih dahulu

Nilai diri sendiri dahulu sebelum cuba menilai dan menghukum orang lain. Orang yang kelihatannya TIDAK BAIK pada hari ini tidak semestinya akan berterusan begitu. Mereka boleh menjadi lebih baik daripada kita di masa hadapan. 

Jika kita merasakan diri ini hebat ataupun mulia pada hari ini, tidak siapapun yang mampu (kecuali Allah) menjangkakan apakah kesudahan hidup kita, apatah lagi kedudukan kita di akhirat kelak. 

Sibukkan diri dengan aktiviti yang boleh memperbaiki diri sendiri daripada sibuk menilai dan menghukum orang lain. Ini bukanlah bermaksud kita tidak boleh menegur dengan cara yang berhikmah.

Gif loveindublin

4. Obses mencari kebenaran

Tanamkan sikap OBSES mencari kebenaran dan tidak mudah terpengaruh dengan satu dua petikan ucapan, tajuk rencana dan tulisan pendek. Obses dalam mencari fakta yang tepat. Dengar keseluruhan ucapan dan nilai kredibiliti penulis/pengucap serta rujukan yg digunakan. Pendek kata tidak mudah percaya kepada maklumat yang awal dan singkat.

5. Lihat seseorang pada asas individu bukan kumpulan

Menghukum seseorang berdasarkan kumpulan yang didokongnya adalah tidak adil dan terburu-buru. Lihatlah seseorang itu pada asas individunya dan bukan kumpulannya, lebih-lebih lagi jika kumpulan itu adalah daripada bangsa dan agama yang sama. 

Ada juga yang menghukum seseorang hanya dengan menilai ahli keluarganya ataupun orang yang dekat dengannya. Jangan sekali-kali menghukum ataupun menilai seseorang berdasarkan inferen yang salah. Pada waktu yang sama, menghukum kumpulan berdasarkan kepada sikap ahlinya juga adalah salah.

6. Bersihkan hati

Bersihkan HATI dengan ibadat dan kerja amal. Kepada orang Islam, banyak hadith yang menjelaskan bahaya buruk sangka (su’udzon) dan panduan oleh nabi junjungan kita. Dari Abu Hurairah , Nabi bersabda: “Jauhilah oleh kalian berprasangka (kecurigaan), karena sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dustanya pembicaraan.” (HR. Bukhari dan Muslim). Malahan Allah menyamakan sikap buruk sangka seperti memakan daging saudaranya sendiri (Al-Hujurat:12).

Panduan dan peringatan untuk diri saya sendiri yang sangat lemah. Semoga dapat diamalkan.

Rushdan Noor

- Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli