Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ahok Dijatuhkan Hukuman Penjara Selepas Didapati Bersalah Hina Islam


JAKARTA: Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih mesra dengan panggilan Ahok telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun atas tuduhan menghina agama Islam, lapor Detik News.

Mahkamah Indonesia dalam menjatuhkan hukuman selepas terbukit beliau telah menyalah gunakan ayat Al-Quran iaitu Surah Al-Maidah 51 ketika berkunjung ke Pulau Pramuka, Kepulauan Seribu.

"Purnama didapati melakukan penodaan terhadap surah Al Maidah iaitu jenayah menghina Islam dan kami menjatuhkan hukuman penjara dua tahun," kata ketua hakim, Dwiarso Budi Santiarto, ketika mengumumkan keputusan.

Perbicaraan itu dilihat sebagai ujian kepada toleransi agama di negara berkenaan yang mempunyai penduduk Islam teramai di dunia. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli