Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

8 Cara Bagaimana Untuk Mengakhiri E-Mel Anda & Bila Boleh Menggunakannya, Pastikan Tidak Tersalah Ayat

No Comment

Dalam era digital pada masa kini, kita mudah untuk berinteraksi melalui media sosial, yang mana lebih mudah dan pantas, tidak seperti dahulu, lebih menjurus kepada panggilan telefon, atau SMS.

Begitu juga dengan penggunaan e-mel, di mana ia lebih meluas, seperti untuk pemberitahuan akan agenda tertentu kepada semua pekerja, serta nampak lebih formal.

Namun, dalam menggunakan e-mel, kebanyakan dari kita mungkin mempunyai masalah untuk mengakhiri ayat di dalam e-mel tersebut, lebih-lebih lagi jika ia formal, atau tidak. Pengakhiran e-mel ini mungkin sedikit sebanyak memberi kesan pada penerima, sama ada jika memohon pekerjaan, atau e-mel pemberitahuan biasa.

Boleh digunakan

a. Formal

1.'Regards'

Ia merupakan pengakhiran yang baik, kerana lebih professional dengan tidak mempunyai maksud tersirat, dan lebih mudah difahami.

2.'Sincerely'

Adakah anda menulis surat? Penggunaan perkataan ini menggambarkan nada yang betul untuk surat menyurat yang rasmi.

3.'Best wishes'

Ia nampak formal, dan ramah dalam satu masa, namun harus diingat, ia boleh digunakan bergantung kepada bagaimana nada e-mel yang ingin disampaikan kepada penerima, supaya tidak wujud salah faham.

b. Kenalan

4. 'Best'

Pengakhiran yang lebih ceria, atau penuh makna. Kebanyakan dari kita mungkin menggunakan perkataan ini, lebih-lebih lagi jika ianya sesama rakan sekerja. Namun, apa yang tidak baik adalah, ia tidak nampak seperti penting, terutamanya jika mesej yang ingin disampaikan untuk mendapatkan perhatian.

5. 'As ever'

Ia adalah pilihan yang baik sekiranya penerima e-mel adalah kenalan rapat anda, yang mana menunjukkan anda dan penerima sudah mempunyai ikatan yang akrab.

c. Rasa berterima kasih / permintaan

6. 'Thanks in advance'

Menurut kajian dari Boomerang, jika e-mel diakhiri dengan ‘thanks in advance’, tahap untuk ianya dibalas kembali adalah tinggi. Kemungkinan adalah kerana, ia menunjukkan kita mengharap akan menerima maklum balas dari penerima. Namun begitu, untuk sesuatu yang lebih formal, penggunaan ayat ini dilihat seperti melebih-lebih, perlu berhati-hati jika menggunakannya.

7. 'Thanks'

Nampak ringkas, namun ia juga membawa maksud yang sama seperti ‘thanks in advance’, yang mana mahukan jawapan yang pantas.

8. 'I appreciate your' [help,input,feedback..]

Tidak salah sekiranya seseorang itu telah membantu anda dalam melakukan, atau mendapatkan sesuatu.


Perlu dielakkan

1. 'Love'

Sekiranya anda menggunakan e-mel syarikat, atau pejabat, sebaiknya jangan mengakhiri e-mel dengan perkataan ini. Gunakannya hanya untuk kenalan rapat, keluarga atau orang tertentu sahaja.

2. 'Thx / Rgrds'

Anda bukanlah remaja lagi, dan ia bukanlah perbualan aplikasi mesej. Gunakan perkataan penuh.

3. 'Take care'

Pada pandangan biasa, ia nampak menyenangkan, tapi, jika dilihat dengan lebih mendalam, anda seolah-olah memberitahu penerima e-mel untuk berjaga-jaga akan bahaya yang bakal mendatang.

4. 'Looking forward to hearing from you'

Ia seperti anda menginginkan jawapan yang segera. Penerima mungkin berpendapat anda memaksa mereka untuk terus membalas e-mel tersebut.

5. 'Yours truly'

Adakah penerima benar-benar ahli keluarga anda? Melainkan, anda menghantarnya kepada ibu bapa, atau ahli keluarga, boleh sahaja menggunakan ayat tersebut.

6. 'Respectfully / Respectfully yours'

Ia terlalu formal untuk penerima, kerana selalunya penggunaan ayat ini adalah bagi mereka yang berada di jabatan kerajaan.

7. [Nothing at all]

Membiarkannya kosong bukanlah pilihan yang bijak, kerana ia seperti menunjukkan e-mel anda bersifat peribadi, dan tidak berkaitan langsung dengan kerja.

8. -[Name] / -[Initial]

Menggunakan hanya nama atau pangkat anda semata-mata bukanlah idea yang baik, lebih-lebih lagi ia adalah kali pertama anda berhubung dengan penerima.

9. 'Have a blessed day'

Sebolehnya jangan sama sekali dikaitkan dengan keagamaan, kekalkan sifat professional anda.

Sekiranya, anda menghantar e-mel menerusi telefon pintar, pastikan ayat terakhir dipadamkan, seperti, ‘Sent from my iPhone’. Ia boleh mengganggu penerima, dan mereka mungkin beranggapan anda tidak serius dalam hal tersebut.

Walaubagaimana pun, kenali penerima anda, dan buat mereka rasa selesa dengan e-mel yang anda hantar.

Sumber: Grammarly
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli