Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Langkah Mudah Untuk Berjimat di Bulan Ramadan Ini

No Comment

Biarpun bulan terkenal sebagai bulan berlapar, tetapi masih ada dalam kalangan orang kita yang masih banyak berbelanja demi makanan untuk bulan ini. Ini seterusnya membawa kepada pembaziran.

Kebiasaannya, ketika membeli tu tak rasa membazir sebab rasa semua makanan boleh 'masuk perut'. Tetapi hakikatnya, selepas sahaja berbuka buasa, mulalah perasaan menyesal tu timbul di benak hati.

Ikuti tips-tips dibawah ini untuk berjimat di bazar Ramadan bulan ini:

1 - Nasi Tanak di Rumah, Lauk Beli Bazar




Jika tidak sempat untuk memasak sendiri, sekurang-kurangnya tanaklah nasi di rumah. Menanak nasi sendiri bukan saja membawa kepada penjimatan, malah akan membawa lebih kepuasan memandangkan kita boleh tambah nasi tanpa had!

Sekiranya dikira, jika harga nasi dicaj RM1 untuk satu bungkus, kita sudah boleh berjimat RM 5 setiap hari jika membeli nasi untuk lima orang. Wow.

2 - Air Buat Sendiri kat Rumah


Air, air. Makanan yang paling menggoda setiap kali kita ke bazar Ramadan. Mana tidaknya, warna-warna terang benderangnya membuatkan tekak yang dahaga ini menelan air liur kosong.

Jika boleh, buatlah air sendiri di rumah.

Tapi sebenarnya, semua air pun sedap ketika bulan Ramadan, hatta air kosong sekalipun. Kawal diri sendiri seketika, dan kalau ingin membeli air di bazaar pastikan jangan berlebihan.


3- 1 Kuih 1 Hari




Salah satu jenis makanan yang bakal mengundang pembaziran adalah kuih muih. Disebabkan saiznya yang kecil molek dan boleh dibeli biarpun dengan wang seringgit, kebanyakan dari kita rebah tersungkur oleh makanan manis ini.

Tapi tak salah hendak merasa makan kuih ketika bulan Ramadan ni. Untuk berjimat dan merasa kepelbagaian kuih semasa bulan Ramadan ni, salah satu cara adalah dengan membeli satu jenis kuih untuk setiap hari di bulan Ramadan ini.

Tips yang sangat ringkas tapi mampu menjimatkan.

4 - Kirim kat jiran



Kalau tak mampu nak disiplinkan diri ketika membeli di bazar Ramadan, minta je bantuan jiran-jiran belikan makanan.

Kalau anda bagi RM20, makan RM20 je lah yang diorang akan beli.


5 - Buka puasa di masjid



Amalan berbuka puasa di masjid bukan hanya menjimatkan, malah turut memberi kita satu perspektif baharu bulan Ramadan apabila berbuka puasa beramai-ramai dengan orang lain.

Jika tidak sempat untuk berbuka setiap hari, jadikanlah ia aktiviti mingguan sepanjang puasa ini. Jika sehari kita berbelanja RM 30 untuk lauk berbuka puasa, dalam sebulan kita sudah boleh berjimat lebih RM100 di Ramadan ini.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli