Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Perkara Ini Boleh Dilakukan Sebagai Persediaan Diri Dalam Memasuki Bulan Ramadhan

No Comment
Foto: theindianexpress

Sedar tak sedar kita sebenarnya semakin menghampiri untuk memasuki ke bulan Ramadhan, yang mana jika diikutkan kurang dari seminggu lagi.

Ianya adalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua umat Muslim di dunia, di mana kita dapat lebih fokus kepada amal ibadat, dan memperbanyakkan lagi amalan.

Namun begitu, di saat akhir bulan Rejab ini, dalam menanti ketibaan Ramadhan, apakah perkara yang boleh dilakukan, dalam persediaan menyambut bulan puasa tidak lama lagi?

Menerusi perkongsian dari saudara Nik Mohd Iznan ini, terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk persediaan memasuki bulan puasa.

Mari kita baca perkongsian darinya.

Foto: aboutislam

Salam Sabtu 20 Mei 2017. Hari ini Sabtu terakhir sebelum kita mula menyambut 1 Ramadan 1438 H yang jatuh pada Sabtu depan. Bersamaan dengan 27 Mei 2017.

Tidak lama. Kira-kira seminggu sahaja lagi. Debaran sudah terasa. Bagaimana dengan persediaan mental dan fizikal. Sudah bersedia atau belum?

Jadi apa persediaan kita seminggu sebelum Ramadan? Adakah ke pasaraya untuk membeli makanan basah seterusnya disimpan dalam peti sejuk? Atau buat endah tidak endah sahaja. Sampai masa pergilah beli. Atau beli sahaja di bazaar Ramadan.

Atau ada yang sudah siap-siap beli baju raya dan tempah tiket bas balik kampung.

Tidak salah. Beli baju raya awal senang. Selepas ini tidak kalut lagi. Boleh fokus puasa. Tiket pun perlu beli awal. Supaya tidak menangis di stesen bas.

Foto: princearea

Sebenarnya, ada beberapa persediaan yang boleh lakukan sebelum Ramadan memunculkan diri. Antaranya:

1. Ganti Puasa yang Tertinggal Tahun Lepas

Berapa hari tertinggal? Sebab apa? Kalau tertinggal banyak, mungkin sudah lewat. Tapi kalau tertinggal dua tiga hari masih sempat lagi hendak qada'.

2. Memperbanyak Puasa Sunat Sebagai Persediaan

Kadang-kadang terkejut juga 1 Ramadan terus puasa. Sebab itu kita sering letih dan tidak bermaya di hari pertama puasa. Malah ada yang pengsan.

Pertama, betulkan niat puasa sunat untuk mendapatkan keredhaan Allah. Dalam masa yang sama, kita boleh jadikan puasa sunat sebagai persedian awal.

3. Belek Semula Bahan Bacaan Berkaitan dengan Ramadan

Kita berpuasa setahun sekali. Kadang-kadang banyak yang sudah kita lupa. Apa perkara yang wajib, apa perkara yang sunat, apa perkara yang haram dan sebagainya.

Selongkar semula buku, majalah, keratan akhbar atau google sahaja.

Seminggu inilah masa terbaik untuk menelaah semula. Baca tatacara solat Terawih, niat puasa dan sebagainya. Biasalah setahun sudah tinggal. Niat pun sudah lupa. Nanti hendak niat puasa. Tapi terniat mandi wajib.

4. Bayar Fidyah dengan Nilai Sepatutnya

Ada beberapa sebab yang menyebabkan kita mungkin meninggalkan puasa pada tahun lepas. Pertama, mungkin faktor fizikal (contohnya orang tua) yang menyebabkan kita tidak berupaya berpuasa.

Kedua, ibu yang tengah mengandung atau menyusukan bayi dan bimbang akan memudaratkan kesihatan dan bayi yang menyusu. Kalau puasa pengsan. Atau kalau puasa susu tidak keluar.

Jadi, orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikannya sehingga masuk Ramadan perlu membayar Fidyah.

5. Rancang Pelan Ibadat Sepanjang Ramadan 1438 H

Ya, pelan Ibadat sepanjang Ramadan pun perlu dirancang. Contohnya jadual perjalanan harian. Pelan Terawih. Pelan membaca dan tadabbur al-Quran. Majlis berbuka puasa. Sedekah. Dan lain-lain.

Perlu. Supaya ibadat kita tersusun dan berjalan dengan lancar.

Sekian, salam Sabtu. Sedang buat apa tu?

- Siakap Keli

BACA: Beberapa Perkara Ini Boleh Kita Lakukan Dalam Mempersiapkan Diri Bagi Menghampiri Bulan Ramadhan Yang Bakal Kunjung Tidak Lama Lagi
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli