Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Mitos ‘Selamatkan Diri’ Ini Mungkin Boleh Membahayakan Diri Anda Sekiranya Masih Lagi Cuba Untuk Melakukannya

No Comment

Petua, taktik, juga tips selalu kita dengar, dan baca, kebanyakan darinya boleh kita cuba untuk adaptasi dengan cara kita, dan sesuaikan mengikut kemampuan diri.

Begitu juga dengan cara menyelamatkan diri dari haiwan berbisa, dan haiwan liar, yang mana ada banyak cara untuk kita selamat jika menggunakan tips yang dikongsikan.

Namun begitu, tidak semua yang kita dengar boleh diguna pakai, dan ianya perlu disesuaikan dengan haiwan tersebut.

Antara mitos-mitos popular yang kita sering dengar dan baca adalah:


1. Digigit ular berbisa

Ada yang menyatakan, sekiranya kita digigit oleh ular, kita perlu segera untuk menyedut di kawasan kesan gigitan tersebut untuk membuang bisa ular, tapi ianya hanya mitos semata-mata.

Ini kerana, bisa ular tersebut akan memasuki darah terus melalui pembuluh darah. Dengan cuba untuk menyedutnya keluar, mulut anda juga akan dijangkiti bias tersebut. Ianya akan menjangkiti luka yang ada.

Apa yang anda seharusnya lakukan, letakkan anggota yang tercedera, berdekatan atau bawah dari paras kepala, ini bagi menghalang bisa ular dari terus ke jantung anda


2. Pura-pura mati bila berdepan dengan beruang

Cara ini hanya boleh digunakan dalam situasi tertentu sahaja.

Apa yang anda perlu lakukan terlebih dahulu adalah, cuba berjalan secara mengiring untuk mengelakkan dari tersandung.

a. Beruang grizzly atau coklat

Meniarap dengan muka menghadap tanah, dan letakkan kedua-dua tangan di bahagian tengkuk.

b. Beruang hitam

Sekiranya berdepan dengan beruang hitam, jangan berpura-pura mati. Lari secepat mungkin atau cuba melawan kembali, gunakan ‘pepper spray’ untuk beruang adalah satu langkah yang baik.


3. Tersesat dalam hutan, cari sumber makanan secepat mungkin

Seseorang yang sihat tubuh badan boleh bertahan sehingga 6 minggu tanpa makanan. Sebaliknya, anda seharusnya mencari tempat perlindungan dan sumber air terlebih dahulu.


4. Lumut hanya tumbuh di pokok pada bahagian menghadap utara sahaja

Lumut sebenarnya tumbuh pada mana-mana tempat yang lembap dan dingin. Bahagian utara pokok tidak terlalu terkena cahaya matahari secara terus, itulah sebabnya lumut tumbuh di bahagian tersebut.

Tapi, dalam hutan yang tebal, pokok terlindung dari mana-mana arah, jadi lumut akan tumbuh pada keseluruhan permukaan pokok.

Untuk itu, sekiranya sesat, dan ingin mencari arah, lebih baik berpandukan pada kompas sahaja, bukan dengan cara ini.


5. Tumbuk hidung jerung, apabila diserang

Sangat sukar untuk memastikan tumbukan kena pada sasaran sekiranya berada dalam air.
Sebaliknya, anda boleh cucuk pada bahagian mata jerung, atau insang.

Walau apa pun, sebaiknya berhati-hati sekiranya melakukan apa sahaja aktiviti yang mana menjadi habitat haiwan berbisa dan liar ini. Patuhi amaran yang dikeluarkan, dan segera bertindak sekiranya mengalami kecederaan. – Siakap Keli

Sumber: Tech Insider

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli