Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Jenis Member Yang Korang Akan Ingat Sampai Bila-Bila

No Comment


Setiap kali ada peralihan dalam hidup; bertukar sekolah, tempat kerja dan sebagainya; persekitaran akan bertukar. Begitu juga dengan kawan.

Sebab itulah wujudnya ayat 'kawan datang dan pergi'.

Biarpun begitu, tak semua kawan yang pergi itu akan terus lesap dalam memori, ada juga yang kita akan ingat sampai bila-bila. Lagi-lagi yang rapat dengan kita ataupun yang mempunyai 'rekod' yang buruk dengan kita.


1 - Member satu kepala

Makan atas satu pinggan, pergi kelas satu motor, buat praktikal pun sekali. Mana boleh lupa kan member jenis ni.

Member ni biasanya memang suka menyakat kita dan ada je idea gila-gila yang tak masuk akal. Disebabkan kita boleh masuk kepala dengan dia, maka banyaklah memori yang tersimpan dengan dia dulu. Jadi, sangat mustahil untuk lupakan mereka.


via GIPHY


2 - Member yang suka menumpang

Bukan takat benda-benda halus je yang suka menumpang ni. Member-member dekat pun ada juga yang jenis suka menumpang.

Pernah tak macam ni: Bila tiba masa kerja berkumpulan, dia akan berkepit-kepit pergi kat kita sebab tahu dia tak payah nak buat kerja sangat.


Yang ni confirm kita ingat sebab kalau boleh, tak mahu pun jumpa lagi sebab tahu dia ni memang akan bawa malapetaka!


3 - Member yang pernah sailang awek kita

Tak ada apa yang lagi pedih dalam persahabatan apabila member sendiri sailang awek kita. Dalam diam rupa-rupanya dia ada hati kat awek kita. Pengkhianat!

Yang ni pasti korang takkan lupa sampai bila-bila! Malah, kalau fikir-fikir balik pon 'kepanasan baranya' masih ada kan?


via GIPHY


4 - Member yang pernah hulur duit masa kita genting.


Dalam kehidupan ni, mesti ada satu saat dimana kita betul-betul tak mempunyai wang. Masa ni lah kita boleh nilai member-member masa susah dan member-member masa senang saja.

Kalau member rapat yang hulurkan duit tu benda biasalah tetapi pernah tak member yang kita tak berapa nak layan tiba-tiba berbaik hati nak bantu kita masa susah?

Biarpun tak mempunyai banyak memori dengan dia, satu perbuatan baik (pada masa yang sangat tepat) itu akan menyebabkan kita sentiasa mengingatkannya.


via GIPHY


5 - Member yang tak pernah berubah

Masa dulu-dulu, perangai dia gila-gila. Dan sekarang pun, biarpun sudah berkeluarga, perangai dia masih gila-gila lagi.

Ni jenis member yang payah nak move on dengan life dia. Dan dia akan menjadi perhatian setiap kali perjumpaan kerana perangainya yang masih sama seperti dulu, menyebabkan member-member sekelilingnya menjadi selesa.

Dah tentu dia akan menjadi member yang paling diingati kerana setiap kali mengimbau kenangan dulu-dulu, namanya akan kerap muncul dalam ingatan kita.


via GIPHY




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli