Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Gerai Burger Best Di Sekitar Lembah Klang

One Comment

Pemilihan tempat makan bukanlah sesuatu yang boleh diambil enteng kerana ianya juga boleh memberi kesan kepada kepuasan diri dan duit poket. Jadi secara logiknya tidak mustahil saya labelkan memilih tempat makan merupakan first world problem dihadapi rakyat Malaysia yang mahukan sesuatu kelainan.

Burger adalah jalan penyelesaiannya. Ianya merupakan makanan segera yang anda boleh nikmati sekiranya sedang menghadapi masalah ketika memilih tempat untuk makan.

Kenapa burger? Kerana ianya pantas, harga mampu milik dan makanan yang mengenyangkan. Tetapi untuk mencari gerai burger yang sedap bukannya mudah. Di kawasan Klang Valley di anggarkan terdapat lebih daripada 10,000 perniagaan burger berdaftar setakat 2013 sahaja.

Jadi, kami senaraikan 5 gerai burger yang menjadi fenomena di kawasan Lembah Klang untuk memudahkan pembaca membuat pilihan. Kami akan memfokuskan pada gerai burger jalanan bukannya kedai burger well known seperti McDonalds atau Fuel Shack contohnya.



1.THE BURGER SHOP

Jalan SS15/8A, Subang Jaya
Waktu operasi: 6.00 petang hingga 4.30 pagi
Tutup pada hari Ahad

The Burger Shop atau lebih dikenali sebagai burger ganja dalam kalangan penduduk tempatan mula mendapat tempat di hati pelanggan dek kerana lokasinya yang strategik di bandar Subang.

Kepada yang belum pernah merasai burger ganja di SS 15 ini, anda wajib memesan menu signature mereka iaitu Mushroom Chicken/Beef Burger.

Mereka mencampur aduk bersama sos lada hitam dan pati cendawan untuk menghasilkan rasa klimaks yang tidak boleh dapat di tempat lain.


Nama gelaran burger GANJA itu sendiri diberi for a reason! Konfem tersangkut.







2.BURGER BROTHER JOHN 

Jalan SS21/39, Uptown Damansara, Petaling Jaya
Waktu operasi: 4 petang – 4 pagi
Tutup pada hari Ahad.

Burger Brother John lebih dikenali oleh penggemar burger kerana kaedah penyediaan burger yang minimalis. Dengan hanya mengubah citarasa menggunakan sos cili spesial dan sayuran yang lengkap tidak kedekut membuatkan pelanggan berjurai-jurai datang ke gerai ini.

Burger Brother John sememangnya mengembalikan keagungan patty Ramly. Apa yang membuatkan gerai ini disanjung ramai adalah mereka tidak terlalu bereksperimentasi dengan benda baru. 

Mereka masih menampilkan burger jalanan tradisional nostalgik dengan hanya memfokuskan pada penambahan rasa patty Ramly itu sendiri.




3.BURGER ZAM

26, Jalan 6/23B Taman Danau Kota.
Waktu operasi : 6.30 petang hingga 1 pagi
Tutup pada hari Ahad

Zam Burger merupakan gerai burger yang dianggap cerita dongeng, menjadi buah mulut ramai orang kerana keenakkan burgernya yang unik dan lokasinya sukar untuk dicari.

Zam Burger di buka dihadapan rumahnya didalam kesibukkan pasar malam Uptown di Danau Kota. Saya percaya tidak ramai yang tahu mengenai gerai burger ini melainkan anda pengunjung tetap Uptown Danau Kota.

Patty yang digunakan dibuat sendiri oleh pemilik gerai memberikan kelainan berbanding gerai burger yang lain. Rasa daging yang penuh dan jelas bersama serbuk perasa yang sememangnya umph!




4.BURGER BAKAR KAW-KAW

4A/27A, Seksyen 2, Wangsa Maju
Waktu Operasi: 6 petang hingga 2 pagi
Dibuka 7 hari seminggu

Siapa tak kenal dengan Burger Bakar Kaw-kaw. Dengan mengetengahkan burger bakar yang menjadi fenomena pada satu ketika dahulu, kini mereka mempunyai banyak francais di sekitar Lembah Klang.

Saya sendiri menghadapi kesukaran memilih Burger Bakar Kaw-Kaw berbanding Burger Bakar Abang Burn atas alasan Burger Bakar Kaw-kaw merupakan kedai pertama yang mengetengahkan konsep burger bakar di Malaysia. Setahu sayalah. 

Yang menariknya mereka menggunakan patty burger yang dibuat sendiri. Daging burger dibakar di atas api arang membuatkan gigitan pertama tidak cukup mulut kerana saiz yang tebal.

Makan burger bakar kaw-kaw ini sememangnya messy. Tumpah sana tumpah sini. Tetapi itulah yang bestnya! Cuma anda perlu bersabar sebelum membeli kerana terpaksa beratur panjang




5. BURGER BOBBY SIMPANG 3

No. 5, Jalan AU 5C/1, Lembah Keramat, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 5 petang hingga 2 pagi 
Dibuka 7 hari seminggu 

Pemilik gerai yang bernama Bobby ini suatu ketika dahulu mula menapak di hadapan rumah beliau sendiri tetapi dek kerana sambutan yang hangat, beliau terpaksa berpindah ke kawasan baru yang mampu menampung lebih ramai pengunjung.

Apa yang membuatkan gerai burger ini spesial adalah bahan-bahan yang diletakkan dalam burger itu sendiri. Sangat meriah sehinggakan tertumpah-tumpah.  Anda harus memesan BangsarBabe Special Beef iaitu menu signature mereka.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. admin, ada 1 lg yg sy rs best... daily burger. kat seri gombak. sblh kedai sen heng

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli