Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

3 Suspek Kes Samun Ditahan Selepas Dikejar Polis 14 KM



BUKIT MERTAJAM, 2 Mei: Tiga lelaki yang disyaki suspek dalam kes samun di Butterworth ditahan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit kemalangan ketika dikejar oleh polis tengah hari tadi.

Ketiga-tiga suspek diberkas selepas kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebatang pokok di pinggir jalan di Taman Pauh Jaya, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

Sumber Berita Harian berkata suspek dikejar oleh polis sejauh 14km dari Butterworth hingga Taman Pauh Jaya selepas gerak geri mencurigakan mereka dikesan.

"Ketika memecut untuk meloloskan diri, kereta yang dinaiki suspek terbabas dan melanggar bahu jalan.

"Polis kemudian terus menahan ketiga-tiga suspek terbabit untuk siasatan lanjut," katanya.

Difahamkan, polis akan mengadakan sidang media mengenai kejadian berkenaan, esok.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli