Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

YDP Agong Beri Nombor Telefon Peribadi Kepada Ulama-Ulama di Negara ini Bagi Memudahkan Perbincangan Isu Berkenaan Islam

Ditulis oleh Roti Tisu, 27 Apr 2017


Ulama Islam di negara ini tidak lagi perlu menghadapi isu 'orang ketiga' untuk berbincang isu-isu berkaitan Islam dengan Yang di-Pertuan Agong memandangkan baginda Sultan telah memberikan nombor telefon bimbit peribadi kepada mereka.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ini adalah perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V ketika baginda menjadi Sultan Kelantan. Oleh kerana baginda telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, semua ulama Islam di negara ini sudah mempunyai talian terus kepada baginda.

"Ini adalah amalan baginda ketika beliau menjadi Sultan Kelantan. Perkara-perkara yang melibatkan Islam boleh cepat diselesaikan dan tidak perlu melalui pihak ketiga untuk membincangkan perkara itu,

"Saya mempunyai talian terus kepada Tuanku Sultan Muhammad V dan ini membuat perkara menjadi lebih mudah untuk kita menangani apa-apa isu-isu sensitif yang melibatkan Islam," katanya dalam satu wawancara video yang dimuat naik di Facebook pada Selasa.

Sumber: The Star
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli