Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Selamat Ditemui Pasukan Penyelamat Selepas 6 Hari Hilang Dalam Hutan


BAU: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu di kawasan hutan berdekatan Kampung Palaman Bo'ow, di sini telah selamat ditemui selamat hari ini, lapor Berita Harian.

Mangsa  Riget Moseng, 73, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan lemah dan kelaparan jam 3.05 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak menggunakan kenderaan EMRS.

"Walaupun enam hari sesat di hutan berkenaan, mangsa yang ditemui di lokasi kira-kira satu kilometer dari Kampung Palaman Bo'ow didapati dalam keadaan baik, namun dia agak lemah. 

"Banyak percanggahan maklumat awal mengenai lokasi mangsa hilang, namun penemuan barang mangsa di hutan berdekatan Kampung Palaman Bo'ow lewat petang semalam, memberi petunjuk untuk SAR ditumpukan di kawasan itu hari ini," katanya.


Riget dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, namun kehilangannya berkenaan hanya dimaklumkan kepada JBPM Sarawak pada jam 4.05 petang Ahad sebelum gerakan besar-besaran dilancarkan anggota pasukan SAR pada Isnin bagi mengesan mangsa.

Operasi berkenaan membabitkan hampir 100 anggota SAR iaitu lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Unit STORM Bomba (7), Unit MUSTeam Bomba (6), polis (4), tentera (9), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (8) serta 47 penduduk kampung.

"Saya bangga dengan komitmen semua pihak yang terbabit dalam operasi SAR itu sehingga berjaya menemui mangsa hari ini," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli