Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Ini Buat Persembahan PowerPoint Untuk Ajak Lelaki Yang Diminatinya Keluar Dating

No Comment

Kebiasaannya, pick up lines akan digunakan untuk mengorat seseorang namun seorang wanita dari University of Minnesota menggunakan teknik berbeza bagi mengajak lelaki yang diminatinya untuk keluar bersama - dengan menggunakan enam slaid PowerPoint.

Lizzy Fenton, yang kini sedang mengikuti pengajian Genetik, Biologi dan Perkembangan Sel di universiti terbabit, dilihat sangat jelas dengan kebolehan mengolah perkara penting dalam slaid.

"Kenapa anda perlu keluar bersama saya," tulis tajuk persembahan PowerPoint itu bersama satu gambar Lizzy.

Di dalam slaid itu, Lizzy turut menyebut dia stabil dari segi kewangan serta menjelaskan dia bukan seorang teman wanita yang selalu mengekor kerana selalu membuat kerja.

Lihat slaid-slaid yang dibuat oleh Lizzy:



Lebih mengujakan, slaid-slaid Lizzy mencuri perhatian Microsoft apabila ia dimuat naik di laman Twitter.

Difahamkan juga, Lizzy gagal mendapatkan persetujuan lelaki yang diminatinya itu yang berkata menerusi emel: "Ini(slaid) sangat bagus. Tolong berhenti dari hubungi saya.

Difahamkan juga, Lizzy dan lelaki yang diminatinya itu merupakan kawan baik.

Sumber: Mail Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli