Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Peragut Paling Teruk: Lelaki Ragut Telefon Wanita Dan Terus Berlari ke Dalam Kawasan Balai Polis



Selepas berjaya meragut telefon bimbit seorang wanita dengan jayanya, seorang peragut di Shenzhen dengan pantas cuba menyelamatkan diri - tapi malangnya dia tersalah pagar apabila masuk terus ke dalam balai polis.

Rakaman CCTV kejadian yang berlaku pada 31 Mac itu merakamkan bagaimana peragut itu secara senyap mengambil telefon itu dari tangan wanita terbabit sebelum pantas berlari ke seberang jalan. Mangsa yang cuba mengejar terjatuh di tengah-tengah jalan.

Lelaki itu, dengan muka yakin berlari memasuki satu pagar dan mungkin berfikir dia sudah terselamat memandangkan mangsa sudah jatuh. Tapi, semuanya menjadi tunggang terbalik apabila dia baru sedar yang dia sudah memasuki balai polis.

Dengan pantas wanita terbabit pergi ke dalam balai itu dan meminta pertolongan pegawai yang menjaga pintu pagar.

Lelaki itu kemudian ditahan dan tak sampai 10 saat, dia mengaku jenayah yang dilakukannya.

Polis berkata peragut terbabit tidak mengenali kawasan itu dengan baik.

Sumber: shanghaiist.com

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli