Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Video] Bukan Disebabkan Oleh Jenis Darah, Atau Bau Minyak Wangi Anda, Ini Adalah Sebab Utama Mengapa Nyamuk Tertarik Kepada Anda Berbanding Orang Lain

No Comment
Foto: mothernaturenetwork

Bila mana pergi berkhemah, membuat aktiviti luar, atau ketika berada di rumah sekali pun, kita pasti akan mengalami situasi di mana sering didatangi oleh nyamuk, yang mana sedikit sebanyak mengganggu, lebih-lebih lagi kalau ianya nyamuk pembawa penyakit.

Ramai yang mempersoalkan, mengapa hanya segelintir sahaja yang dikerumuni oleh nyamuk, sedangkan orang lain nyamuk sangat sikit sahaja datang kepadanya.

Ada yang menyatakan ianya berkaitan dengan jenis darah, bau minyak wangi, atau pun kerana selalu memakan daging. Sebenarnya tidak satu pun yang dinyatakan adalah benar.


1. Bau yang dikeluarkan oleh bakteria

Apa yang sebenarnya berlaku adalah, ia sebenarnya berkait rapat dengan bakteria yang ada pada kulit seseorang itu. Menurut kajian, gabungan daripada beberapa jenis bakteria tersebut merembeskan bau yang lebih menarik berbanding orang lain. Jadi, ia membuatkan nyamuk tersebut tertarik terhadap bau yang dikeluarkan bakteria tersebut.

2. Mereka yang bersukan

Bukan itu sahaja, nyamuk juga tertarik dengan bau karbon dioksida yang dilepaskan oleh tubuh badan kita, dan disebabkan itu, mereka yang lebih banyak melakukan aktiviti senaman akan digemari oleh nyamuk, kerana suhu badan yang meningkat menjadi daya penarik nyamuk kepada anda. Serta, peluh yang dikeluarkan oleh tubuh badan anda.

Jadi, jika anda melakukan aktiviti fizikal di luar, dan mendapati mengapa nyamuk lebih banyak datang kepada anda dari kebiasaan, kini anda sudah tahu sebabnya.

Nyamuk pembawa penyakit

Bagi mereka yang mempunyai bau yang menarik perhatian nyamuk, ada lagi yang dipertaruhkan.

Anda perlu ingat, nyamuk menyebarkan banyak penyakit di seluruh dunia, Zika, demam denggi, chikungunya, dan malaria. Malah, nyamuk membunuh lebih satu juta orang setiap tahun, dan ianya melebihi daripada gabungan kematian antara manusia, ular dan anjing.

Jadi, utamakan kesihatan anda dan keluarga pada musim yang banyak nyamuk ini, lebih-lebih lagi musim panas. Sekiranya anda merancang untuk melancong, atau melakukan aktiviti luar, ketahui cara bagaimana untuk menghalau nyamuk.

Mari kita lihat video ini untuk lebih memahami mengapa nyamuk tertarik kepada kita.


Sumber: Providr

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli