Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Usahawan Muda Ini Kongsi Tip Bagaimana Anda Boleh 'Approach' VIP Ketika Di Majlis, Untuk Bina 'Networking' Atau Membantu Bisnes Anda

No Comment
Gambar Hiasan

Apabila menghadiri sesuatu majlis, atau keraian, yang mana ramai jemputan VIP turut terlibat sama, sudah pasti ianya menjadi salah satu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan, lebih-lebih lagi buat ahli perniagaan, atau mereka yang memerlukan bantuan untuk bisnes, atau ‘personal growth’.

Tapi, mungkin kerana rasa rendah diri, atau tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara dengan VIP ini, ramai di antara kita terlepas saat bersemuka dengan mereka.

Manurut, salah seorang pemuda yang mendapat tempat di dalam, Forbes 30 Under 30, iaitu saudara Nadhir Ashafiq, yang merupakan salah seorang ‘co-founder’, The Lorry. Saudara Nadhir telah kongsikan, tip yang harus kita lakukan dalam mendekati VIP di sesuatu majlis.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Foto Nadhir Ashafiq, Hasil semalam

Cara 'Approach' VIP Di Majlis

Sekiranya ada VIP di majlis networking ataupun forum boleh membantu bisnes atau personal growth tuan/puan - boleh cuba tips di bawah:

1. Mentaliti

Rileks. VIP ni manusia juga sama macam tuan/puan. Tarik nafas panjang2 dan hilangkan nervous tu.

2. Approach

Ada tiga cara:
+ Teknik serbu


Sebaik saja VIP turun dari pentas, terus serbu dan mula buat pitch.

+ Teknik camping

Tunggu VIP di pintu keluar atau laluan dia hendak keluar.

+ Teknik intro

Dalam majlis networking, cari kenalan yang boleh kenalkan/buat introduction kepada VIP tersebut.

3. Pitch

Tuan/puan ada beberapa saat sahaja untuk membuat impression.

a) Intro (2 saat)

Kenalkan diri dan nama syarikat sambil hulur name card.

b) Explain (2 saat)

Bisnes apa yang tuan/puan buat dan apa kaitannya dengan VIP tersebut

c) Ask (2 saat)

Nyatakan hasrat. Mahukan kolaborasi/perjumpaan/investment.

d) Hope

Tunggu respon daripada VIP tersebut. Sekiranya dia minat dia akan beri name card dan arahan selanjutnya. Ataupun dia akan minta staff untuk follow-up.

Sekiranya dia tak minat biasanya dia akan angguk-angguk dan jalan. (Biasa kena)

4. Follow up

Hantar email/buat panggilan untuk finalisekan perjumpaan.

- Siakap Keli

BACA: Kembangkan Perniagaaan Sehingga Ke Pasaran Antarabangsa, Anda Mungkin Boleh Capai Impian Tersebut Dengan Fahami 8 Nasihat Ini
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli