Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

UAE Bakal Jadi Negara Muslim Pertama Hantar Kapal Angkasa ke Marikh, Dijangka 2021



Dubai: Satu program angkasa nasional Emeriah Arab Bersatu (UAE) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri UAE, Shaikh Mohammad Bin Rashid Al Maktoum dan Putera Abu Dhabi, Shaikh Mohammad Bin Zayed Al Nahyan.

Program terbabit dilancarkan pada Rabu ketika satu lawatan ke Mohammad Bin Rashid Space Center (MBRSC).

Program itu memasukkan untuk samapi ke Marikh pada 2021 dan membina penempatan pertama di planet merah itu pada 2117.

'UAE sedang mencapai pencapaian baru setiap hari terima kasih kepada pimpinan Presiden Shaikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan dan visi Shaikh Mohammad bin Rashid. Kami sangat gembira emirati muda memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan untuk negara ini sekaligus mencapai pencapaian yang tinggi dalam bidang sains dan dan ilmu pengetahuan' tulis Shaikh Mohammad bin Zayed dalam satu tweet.

Misi UAE ke marikh (misi EMM) dijangka akan melancarkan kapal angkasa Hope pada Julai 2020 yang akan mengambil masa tujuh bulan untuk sampai ke Marikh.

Menurut pengurus projek misi itu, Omran Sharaf, rekaan awal bagi projek itu sudah pun disiapkan dan mereka kini dalam fasa rekaan kritikal.

Mengenai pelancaran Julai 2020 pula, kapal angkasa Hope sepatutnya memasuki orbit Marikh pada awal 2021 - bersamaan ulang tahun ke-50 kemerdekaan UAE - dan akan mempelajari atmosphera di planet itu untuk mengumpul butiran.

Ia juga akan menandakan pertama kali negara Arab atau Muslim menghantar kapal angkasa ke Marikh.

Sharaf memberitahu Gulf News bahawa misi ini bukan untuk kajian sains semata-mata.

"Shaikh Mohammad Bin Rashid Al Maktoum memberitahu misi ini bukan sekadar untuk mencapai Marikh. Ia lebih dari itu. Ianya lebih kepada membawa kesemua kawasan (Arab) dan membuatkan mereka (penduduk Arab) lebih aktif dalam ilmu pengetahuan."

Sumber: Gulf News
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli